PASTI ADA HIKMAHNYA

my dear brother and sister...
Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Percayalah pada Qada' dan Qadar Allah swt.

Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:

"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)


Sememangnya perit untuk kita mengharungi pelbagai cabaran di dunia ini. Namun ingatlah sebenarnya kita sedang diuji oleh Allah S.W.T Dunia ini adalah jambatan ke akhirat. Kita hendaklah redha dengan setiap ujian Allah kerana adalah sangat penting agar dapat mengajar diri kita supaya menjadi seorang yang penyabar. Allah S.W.T tidak mungkin menjadikan sesuatu itu berlaku ke atas diri kita tanpa ada sebabnya. Kita hendaklah yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku dalam hidup kita di dunia yang sementara ini.Ingatlah setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. InsyaAllah.

"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (dalam keimanannya)"
(Surah Al-Ankabut: 2-3)"

p/s : setiap dugaan pasti ada hikmahnya =)
lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI