TIPS KETIKA CUACA PANAS

BUMI SEMAKIN PANAS
Dari hari ke hari ---> bumi semakin panas. Jadi, kita semua secara tidak langsung terdedah kepada pelbagai penyakit. Apakah tindakan anda bila cuaca panas? Jom sama-sama kita praktikkannya.

Antara gejala panas yang melampau ialah seperti:
-Sakit kepala
-Keletihan
-Lemah tumpuan
-Pening
-Lemah otot–otot atau kekejangan

-Mual dan muntah

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kurang cecair dan elektrolit dalam badan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau ialah:
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
  • Berada di dalam rumah/bangunan semasa cuaca terlalu panas
  • Hadkan aktiviti luar
  • Pastikan rehat cukup
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar untuk penyerapan peluh
  • Pakai topi atau payung untuk elak pancaran matahari secara terus pada kulit
  • Minum air kosong dengan banyak sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga. 

ELAKKAN:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggiBerada di dalam kereta yang tertutup dan dimatikan aircond (lemas plak nanti)
  • Bersenam dalam cuaca panas (nak bersenam pun tengok la cuaca jugak)

Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, pastikan anda :
  • Tanggalkan pakaian yang ketat 
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan 
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan 
  • Minum air setiap 15 minit 
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal 
  • Keluar dari kawasan yang panas
    p/s : mencegah itu lebih baik dari merawat =)
    lots of love,
    noraqilahjohari

    TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

    COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI