MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI

Adakah kita biasa berlagak pandai? Ni la yang selalu jadi masalah sebabnya walaupun kita tidak faham tapi mengaku faham,tidak tahu tetapi mengaku tahu. Akhirnya apabila ‘tembelang’ ini pecah,orang pun tahu kita sebenarnya bodoh. Memalukan diri sendiri je kan ?

Jangan berlagak pandai kerana suatu hari nanti diri kita yang sebenar mesti akan diketahui oleh orang lain. Jangan pula kita digelar, “pandai tapi bodoh!”

Actually la kan,it's better kita mengakui kelemahan dan kekurangan kita supaya kita lebih terbuka untuk mempelajari apa yang kita tidak tahu. Dan orang lain pula lebih mudah dan senang untuk memberi bantuan atau pertolongan kepada kita untuk mengatasi masalah kita. Sekiranya kita ada kebijaksanaan atau kepandaian, jangan kedekut sehingga tidak mahu berkongsi kebijaksanaan itu dengan orang lain. 

Selain itu, jangan pula kita bersikap sombong dan "minta puji” kerana dianugerahkan dengan kepandaian atau kepintaran. Patut ke kita bertanya soalan yang kita sememangnya ada jawapan untuk soalan tersebut? Lebih baik jika apa yang kita tau kita kongsi bersama. 

SHARING IS CARING ^_^ 

Jika kita ada kepandaian, kongsikanlah kepandaian tersebut dengan orang lain terutama mereka yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Dengan ini, kita lebih diberkati Tuhan dan disayangi orang. Amin...

lots of love,
noraqilahjohari


TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI