LAILATUL QADAR

MALAM YANG DITUNGGU
Malam yang ke-10 akhir Ramadhan merupakan malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan tertentu. Anda semua mesti tahu mengenai MALAM LAILATULQADAR ni =) Ia mempunyai kelebihan yang sangat besar dan lebih baik dari 1000 bulan. Rasulullah s.a.w melakukan ibadah pada malam itu dan
menyuruh ahli keluarganya bangun bersama beribadah.. Aisyah r.a berkata :

Maksudnya : "Nabi s.a.w apabila masuk 10 akhir Ramadhan bagindabersungguh-sungguh mengerjakan ibadah..Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarhanya untuk sama-sama beribadah".

Dalam hadis yang lain juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bersedia dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam ganjil dalam 10 malam yang akhir pada bulan Ramadhan iaitu pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29..yang pastinya masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam akhir Ramadhan dengan amal ibadat

Kerana mulianya malam LAILATULQADAR, Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

Maksudnya : "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan ALLAH taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu".



p/s : kenapa umat Islam zaman sekarang tidak bersungguh-sungguh menghayati malam 10 akhir Ramadhan? Adakah kita semakin terleka dengan keduniaan hingga terlupa tuntutan akhirat? 

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI