TIPS CEGAH BATUK KERING

BACILLI CALMETTE-GUERIN
Cuba tengok bahu korang..jeng3 =) ada parut bcg tak? (mesti korang tertanya-tanya kenapa kan kan kan). Saya pun sebelum ni ada la jugak terlintas kat fikiran yang berselirat ni. Kenapa ada parut ni.. buruknya (bagi yang parutnye tak 'cun' la..) haa..... cube fikir sejenak ke dua jenak ke. KENAPA??
parut BCG

mycobacterium tuberculosis
Vaksin bcg sebenarnya diberikan untuk mencegah penyakit tuberculosis (bahasa medical), tibi atau batuk kering (bahasa kita =P). Batuk kering adalah satu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan 'mycobacterium tuberculosis'.

Penyakit ni boleh merebak melalui:
-titisan udara semasa bercakap, batuk atau ketawa yang melampau
-air liur atau kahak yang diludah merata-rata (ia jadi kering dan berterbangan, kemudian hinggap dengan riangnya kat pakaian, meja dll)
-melalui ciuman, cawan atau gelas yang dikongsi dengan pesakit batuk kering

tanda-tanda yang menunjukkan anda dijangkiti penyakit ni?
-batuk berlarutan lebih dari 2 minggu
-ada kahak yang pada mulanye sikit, kemudiannya jadi banyak dan kadang-kadang ada darah
-suara serak
-sesak nafas
-sakit pada bahagian dada
-haemoptisis (batuk berdarah)


untuk elak macam-mana ya?
-imunisasi bcg diberi kepada bayi baru lahir, individu yang terdedah kepada pesakit tibi dan kumpulan berisiko tinggi(immigrants)
-amal gaya hidup sihat
-jagaan kebersihan diri
-tutup mulut dan hidung semasa bersin, batuk atau ketawa




lots of love,
noraqilahjohari


TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI