TIPS ATASI PERUT BUNCIT


Masalah perut buncit sangat membimbangkan terutamanya bagi wanita. Jom kita atasi masalah perut buncit...we can do it! Antara langkah atasi malah perut buncit yang MEMBIMBANGKAN ini adalah :
  • Makan perlahan-lahan
Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan tubuh yang melambatkan mekanisma hingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan buncit.

  • Minum Banyak Air
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak.Ini akan mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan dan akan menyebabkan perut buncit.

  • Mengurang Pengambilan Garam
Jangan makan secara gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan perut menjadi buncit. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak dikunyah dengan sempurna tidak dapat dicerna denganbaik yang kemudiannya menghasilkan banyak gas yang menyebabkan perut buncit.

  • Elak sembelit dengan pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan perut buncit, makanlah makanan berserat terutamanya buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

  • Awasi Ubat-Ubatan
Perut yang buncit adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin dan ubat perancang keluarga kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan perut buncit.

  • Bersenam
Bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut buncit dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk ke aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang disarankan ialah seperti aerobik.

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI