TIPS CARA PENGAMBILAN AIR KOSONG

AIR KOSONG PENAWAR PENYAKIT
Hari ini tiba-tiba saya terasa ringan tangan untuk berkongsi air kegemaran saya yang teramat sedap lagi lazat (saya aje yang rasa sedap kot..hehe). Adakah anda tahu bahawa air kosong merupakan penawar pelbagai penyakit??? Ini dibuktikan oleh Japanese Medical Society di mana berdasarkan kajian, amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat dan mampu memulihkan penyakit termasuk penyakit serius...

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di JEPUN itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada salur air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya yang optima iaitu :
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi. 
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit. 
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa. 
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam. 
Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu iaitu:
  • Tekanan darah tinggi - 30 hari 
  • Gastrik - 10 hari 
  • Diabetes - 30 hari 
  • Sembelit - 10 hari 
  • Kanser - 180 hari 
  • Tibi - 90 hari
Jadi, untuk mencegah penyakit, marilah bersama-sama kita mengamalkan tabiat meminum air kosong pada setiap pagi sebaik bangun dari tidur =) dan...pastikan anda mengambil minuman kosong sekurang-kurangnya 6-8gelas sehari untuk mengekalkan kesihatan yang baik (=

p/s : mencegah lebih baik dari merawat
lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

2 comments

18 March 2013 at 18:58

good info..suke tgk blog adik ni wane wani ..lg suke nama besar tu..camne tu

24 March 2013 at 14:33

@noor kartini haha :) colourful ye kak :)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI