TIPS KENALI SENGGUGUT

ARGHHHH !!!! SENGGUGUT 

TIDAK!!! Setiap bulan mesti  gadis/wanita  alami masalah ini. Sakit tahap maksima+tidak terkata+rasa nak berguling-guling bila ia datang! Sesiapa yang tidak pernah mengalami senggugut memang 'BEST' la . Senggugut atau Dysmenorrhoea(medical) merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan 'period'. Biasanya, ia akan bertambah teruk yang amat semasa 2 hari pertama 'period'. Tetapi, senggugut tidak semestinya dialami setiap kali 'period' kerana menurut kajian, sesetengah gadis/wanita mengalami senggugut yang amat teruk dan ada yang mengalami kesakitan yang agak sederhana (tak la sampai nak berguling-guling macam saya). Senggugut yang seperti 'chipsmore' bagi sesetengah  gadis/wanita  berlaku disebabkan oleh pengecutan atau pergerakan otot-otot uterus. Senggugut terbahagi kepada :
  • SENGGUGUT/DYSMENORRHOEA PRIMER
-mengalami senggugut ini sejak 'period' pertama atau selepas itu, mendapat period pada umur 12 tahun  atau lebih awal ataupun mengalami period yang lama (lebih dari 7 hari...)

-tidak disebabkan oleh penyakit lain

-berlaku kerana ketidakseimbangan bahan kimia dalam tubuh iaitu PROSTAGLANDIN (bahan kimia yang menyebabkan kita rasa sakit apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita). Gadis/wanita yang mengalami senggugut akan menghasilkan lebih banyak prostaglandin dalam uterus  menyebabkan otot dalam uterus bergerak lebih aktif/kuat dan kerap terutama pada hari pertama period. Semakin aktif/kuat pergerakan otot, semakin kurang la darah mengalir ke kawasan tersebut. Bila aliran darah ke otot-otot uterus kurang, hujung saraf dalam uterus jadi semakin sensitif pada kesakitan

-ada kajian mengatakan senggugut ini disebabkan oleh faktor genetik (cuba tanya mak, kakak, makcik, sepupu anda. Adakah mereka juga mengalami masalah senggugut? )

CIRI-CIRI :

  • Kekejangan pada bahagian perut
  • Sakit kepala yang berdenyut-denyut
  • Muntah atau mual/loya
  • Sakit kaki dan bahagian belakang badan
  • Pergerakan usus yang tidak sekata
  • Pitam


    • SENGGUGUT/DYSMENORRHOEA SEKUNDER
    -senggugut bermula sekitar 2 tahun atau lebih selepas period pertama

    -dapat diubati dengan pil penahan sakit (sakit yang terlebih terlampau dari saya)

    -memerlukan rawatan lanjut oleh doktor

    -biasanya disebabkan oleh penyakit (infeksi, endometriosis, penyakit usus, ectopic pregnancy dll)

    CIRI-CIRI :

    • bermula beberapa hari sebelum period dan berlarutan selama 3 hari
    • terdapat benjolan pada bahagian perut
    • muntah yang kerap
    • perubahan aliran haid
    • sakit semasa melakukan hubungan seks
    sakit yang amat ni!

    lots of love,
    noraqilahjohari




    TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

    1 comment

    23 August 2014 at 06:08

    Nice info yg dikongsikan..Sy consume GLA Complex dan OsteMatrix Shaklee, alhmdulillah skrg takde dh kesakitan senggugut..^_^

    Post a Comment
    COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI