FAHAMI diriku

SAMPAI SYURGA KU MENUNGGU
SAMPAI SYURGA KU CINTAMU
HANYA SATU
HANYA KAMU

Hanya melalui coretan ini dapat saya luahkan 'isi hati' saya supaya awak tahu saya 'SAYANG' awak. InsyaALLAH, sayang itu jujur dan tulus hanya pada awak. Saya korbankan perasaan saya dan memaksa hati memberi ruang untuk memahami diri awak. Supaya saya dapat menjadi 'INSAN SEMPURNA' idaman awak. Tapi hati selalu bertanya, "Adakah hati awak juga cuba memahami hati saya?"

Walaupun awak selalu sakiti hati saya, hati ini tetap berdiri teguh mempertahankan sayang untuk 'ADAM'. Saya akan terus berusaha untuk terus berada disisi awak selagi awak memerlukan saya. Saya akan buktikan pada awak bahawa masih ada insan yang begitu tulus menyayangi awak. Kerana saya sedar, hari ini mungkin bukan saya dalam hati awak, kerana 'kisah lalu' awak terlalu menyakitkan untuk awak buka lembaran baru untuk seorang gadis seperti saya

Bila hati terluka dengan kata-kata awak ya, saya rasa nak bawa hati yang terluka ini lari jauh dari awak. Lari dari bayangan dan kenangan yang pernah tercipta antara kita, namun hati ini terlalu degil. Biar beribu kali terluka, walau berulangkali sakit, namun hati saya tetap degil untuk terus bertahan. Saya ingin tetap bersama awak 'HINGGA HUJUNG NYAWA' dan'SAMPAI SYURGA'. InsyaALLAH (= Apabila hati saya sudah tidak mempunyai rasa sayang itu lagi ---> mungkin pada saat itu jasad saya dah tak bernyawa dan roh saya sudah dibawa pergi.

Maafkan saya untuk setiap kesusahan yang telah saya berikan pada awak. Saya BUKAN 'INSAN SEMPURNA' pilihan awak. Tapi saya yakin, saya mempunyai hati yang 'SEMPURNA' menyintai awak. Semoga awak akan menjadi yang 'halal' untuk saya. Kerana 'cinta' saya hanya untuk yang halal.

p/s : gambar ihsan mr.google
lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI