'A LETTER TO A MAN'


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Jika awak faham erti cinta yang tulus, cintailah saya seperti itu. Jangan lebih kerana hanya cinta seperti itu yang saya ingini.

Jika awak tahu apa erti kasih suci , kasihilah diri saya seputih kasih itu kerana hanya putih kasih awak yang saya mahu.

Jika memang benar awak dan saya ditakdirkan bersatu, maka takkan ada yang boleh memisahkan kita melainkan ALLAH SWT.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta adalah anugerah yang selalu datang tanpa undangan tapi pemergiannya tidak pernah diharapkan. Dan sesungguhnya hati akan merasa memiliki cinta apabila cinta itu telah pergi.

Hal paling menyakitkan yang kita lakukan adalah melihat orang yang kita cintai mencintai orang lain.

Hanya seminit diperlukan untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Rasa cinta akan semakin terasa ketika kita kehilangan dan sedar betapa kita telah menyakitinya.

Cintailah orang yang awak cintai sekadar sahaja kerana siapa tahu pada suatu hari kelak ia akan berbalik menjadi orang yang awak benci dan bencilah orang yang awak benci sekadar sahaja kerana siapa tahu pada suatu hari kelak ia akan menjadi orang yang awak cintai.

p/s : gambar ihsan mr.google

       lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI