TIPS KENALI JENIS SAKIT KEPALA


Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pakcik dan makcik-makcik a.k.a ANDA semua pernah sakit kepala? Rasanya amat pelik dan janggal la kan kalau tidak pernah rasa sakit kepala. Sakit kepala ialah rasa sakit dalam kepala (ape kes ni? ---> memang la sakit dalam kepala. Haha ). Ok la, sebelum saya melalut terlebih-lebih, hari ni cikgu nak bincang mengenai SAKIT KEPALA. Boleh? Eh, saya tukar profesion la =_=" (mohon maaf ya, pernah ada cita-cita nak jadi cikgu)

SAKIT KEPALA DISEBABKAN KETEGANGAN
  • Biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja
  • Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan
  • Tahap keterukkannya mungkin yang berubah-ubah
  • Menyerang pada bila-bila masa
  • Kesakitannya seperti satu ikatan kuat yang menekan, tetapi jarangberdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam

SAKIT KEPALA MIGRAIN
  • Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas
  • Sakit dirasai disebelah bahagian pada satu masa tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala
  • Sakitnya berdenyut2 dan berlaku secara perlahan2 dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. 
  • Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama. 
  • Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung xde untuk beberapa bulan  
  • Biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari
  • Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alkohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan selalunye disertai rasa loya dan muntah
  • Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini
  • Sakit ini juga berlaku semasa period bagi gadis/wanita
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migrain 

SAKIT KEPALA BERTUMPU

  • Biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migraine tipikal biasanye berlaku di kalangan wanita
  • Sakitnya hanya meliputi sebelah bahagian kepala sahaja
  • Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama
  • Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran 
  • Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam. 
  • Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti 
  • Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari untuk beberapa minggu atau bulan
  • Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair

SAKIT KEPALA DISEBABKAN KERADANGAN SINUS
  • Biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk terutamanya jika berlaku titis postnasal (pangliran lendir berlebihan dari kawasan hidung ke dalam fariks) 
  • Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala dan menyerang dalam masa yang singkat
  • Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir/hingus) mengalir keluar 
  • Sakit yang menjadi teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala secara tiba-tiba
  • Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan alkohol, perubahan suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang sejuk ke kawasan luar yang panas

ARTERITIS TEMPORAL
  • Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun 
  • Sakit yang berkaitan dengan bahagian kepala dan pelipis yang sensitif(mudah terasa sakit bila disentuh) dan sakit pada bahagian rahang
  • Penglihatan terganggu 
  • Sakit-sakit pada seluruh badan
  • Kemungkinan berkaitan dengan demam ringan yang berlaku sekejap2 
  • Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang 
  • Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasa perubatan -  pesakit perlu dirawat di hospital dengan segera

SEGERA KE HOSPITAL JIKA :
  • Sakit kepala teruk atau kuat menyerang tiba-tiba
  • Sakit kepala yang semakin lama semakin teruk atau dikaitkan dengan masalah penglihatan, percakapan yang tidak jelas, masalah menggerakan tangan dan kaki, atau masalah2 yang seumpamanya
  • Sakit kepala yang dikaitkan dengan kecederaan kepala 
  • Sakit kepala yang paling teruk pernah anda alami dan menyerang tiba-tiba 
  • Sakit kepala yang berlarutan beberap hari 
  • Sakit kepala yang teruk pada waktu pagi dan tiada gejala2 lain yang timbul 
  • Sakit kepala yang sering berlaku dan tidak diketahui penyebabnya seperti alahan atau sinusitis yang kronik
  • Sakit kepala yang luar biasa 
  • Anda merasa anda mengidap arteritis temporal
p/s : sekadar berkongsi apa yang saya tahu =)..gambar ihsan dari mr.google

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI