TIPS TEROKA DUNIA 3


"salam sayang semua"

Hari ahad,bersamaan 9 oktober 2011, saya akan berangkat ke KLINIK DESA KG.JENJAROM untuk penempatan klinikal komuniti di KLINIK KESIHATAN KG.JENJAROM selama 3 minggu. Jadi, saya mungkin tidak akan sempat untuk meng'update' dan meng'follow' sesiapa yang sudi singgah di blog saya yang tak berapa nak cantik ni. Tapi, 'i promise i akan follow u all' balik (hehe..cakap omputih plak). Disebabkan faktor-faktor terlalu 'excited' untuk ke KG.JENJAROM ini, saya telah meneroka beberapa maklumat mengenai kampung ini :
JOM KITE PREVIEW HISTORY KG.JENJAROM

Menurut catatan sejarah, Kampung Jenjarom mula diterokai oleh sekumpulan orang Melayu pada 1926 bersamaan 1346 Hijrah dalam Kalendar Islam. Kumpulan peneroka kebun ini diketuai oleh Tuan Haji Masrek Haji Narang yang juga berketurunan Banjar. Pada asalnya, tanah di Kampung Jenjarom hanya diusahakan sebagai kawasan perkebunan. Antara tanaman yang mereka usahakan ialah nanas, pisang, ubi kayu dan banyak lagi. Setelah selesai berkebun, kumpulan peneroka ini akan pulang ke rumah masing-masing yang terletak berhampiran Kampung Jenjarom seperti di Sungai Jarom, Sungai Buaya dan Kampung Sijangkang.

Jenjarom dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Sungai Jarom dan Kampung Jenjarom. Nama Kampung Jenjarom berasal daripada sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Rumput Purun. Pada masa dahulu, rumput ini banyak tumbuh di sekitar kawasan Kampung Jenjarom. Bentuknya yang tirus, tajam dan tersusun seperti jarum memberi ilham kepada peneroka untuk menamakan kampung mereka sebagai Kampung Jenjarom. Ia dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu, bermula dari Kawasan Satu hingga Kawasan 12. Setiap kawasan ditandakan dengan sebuah papan tanda.

P/S : wish me luck there.. =)
gambar ihsan mr.GOOGLE

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

5 comments

8 October 2011 at 22:30

selamat berangkatlah

8 October 2011 at 23:05

selamat menjalankan tugas, buat elok2 ye...

8 October 2011 at 23:27

thanks semue =)
sayanggg korang byk2❤

9 October 2011 at 01:43

hayooo
berangkat baek2 ye
heee

salam kenai!
maceh folo belog mimi ye

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI