TIPS ATASI NAFAS BERBAU


Haa..anda ada masalah nafas berbau??? Sila angkat kaki ---> hehe =P
Rasa kurang berkeyakinan diri bila hadapi masalah ini???
Masalah nafas berbau perlu diberi perhatian kerana ia mampu untuk mengurangkan keyakinan diri kita. 
Ia juga mungkin 1 tanda kehadiran penyakit lain yang mungkin anda hadapi. 
Antara cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau adalah dengan :

‎~✿>> Bersihkan lidah
Selain dari gosok gigi, pada masa yang sama kita mestilah membersihkan lidah. Sebabnya? Lidah mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria. Jadi, bila kita 'ignore' lidah ni ---> kita akan hadapi masalah nafas berbau.

‎~✿>> Pastikan mulut sentiasa lembap
Bagaimana caranya? Senang dan semudah ABC iaitu minum air terutamanya air 'sky juice' sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Selain melembapkan mulut, minum lebih banyak air juga dapat membantu untuk menghilangkan bakteria yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan peminuman teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi poleypehnols, iaitu sejenis 'bahan kimia' tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau. Tapi jangan overdose minum teh pulak ye.

‎~✿>> Pemakanan
Kurang pengambilan karbohidrat dalam pemakanan menyebabkan masalah nafas berbau. Selain itu, makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih, kopi dan sebagainya.

‎~✿>> Mengunyah chewing gum
Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Chewing gum dapat membantu untuk merangsang penghasilan air liur yang lebih banyak yang akan membantu mengurangkan masalah nafas berbau. Haa, mesti awak tak tahu kan bahawa nafas kita berbau apabila bangun dari tidur  kerana aliran air liur rendah ketika berbaring ATAU tidur.

~✿>> Menghisap kulit kayu manis
Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau dan mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau. Seorang yang menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya. Tapi, saya memang tak mampu la nak hisap kulit kayu manis ni..haha =D rasa kulit kayu manis tersangat pelik bagi saya!

‎~✿>> Ubat kumur
Contohnya listerine. Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau. Jadi, jangan rasa membazir untuk membeli 'listerine'.

‎~✿>> Masalah perubatan
Hasil daripada kajian, 90% masalah nafas berbau adalah berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Nasihat saya, tolong tolong tolong dan tolong elakkan pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut.

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI