♥ TENANGLAH dikau ♥

Setiap hari kita ketawa..
Setiap hari kita jumpa kawan..
Setiap hari kita dapat apa yang kita inginkan..
Tetapi... kenapa hati kita tak gembira?
 
Pernah anda terfikir KENAPA??? Jawapan yang dapat hati saya berikan ---> ikhlas! Adalah kerana :

 tidak pernah bersyukur dengan apa yang saya ada.. 
☑ tidak pernah hargai setiap nikmat yang saya dapat.. 
☑ selalu sangat mencari apa yang saya x dapat..

BERDOA..BERDOA..BERDOA..dan saya seringkali tertanya-tanya, "KENAPA Allah SWT tidak makbulkan doa saya..KENAPA??? Jawapan yang dapat hati saya berikan ---> ikhlas! Adalah kerana :

☑ asyik meminta pada Allah swt tapi saya jarang sangat mintak ampun pada Allah swt...
☑ dosa-dosa saya terlampau banyak pada Allah swt...
☑ lepas saya dapat kesenangan, saya mula lupa pada Allah swt. Saya tidak bersyukur pada Allah swt. Apabila datang kesusahan, baru ingat Allah swt balik. Baru nak menangis, merintih, mintak Allah swt pandang saya.

Sejenak, saya cube renung diri saya sendiri.

☑  berapa kali saya sebut kalimah syukur dalam 1 hari? (malunya saya pada Allah swt...)
☑  berapa kali saya bangun malam, solat sunat? Solat tahajud? Solat taubat? (ada ---> masa nak 'exam'. Hari-hari buat solat hajat tapi bila saya berjaya ---> sujud syukur pun saya lupa)

Hari2 saya tolong orang...kerja di wad memang sentiasa menolong orang. (✿◠‿◠)
Tapi kenapa HATI saya tetap juga tidak tenang...KENAPA??? Jawapan yang dapat hati saya berikan ---> ikhlas! Adalah kerana :

☑ Bila penat, saya selalu merungut, "kenape hari ni banyak kerja sangat,orang sakit ni makin hari makin bertambah pulak. Penatnya..!"

‎~✿ Alangkah tidak malunya saya ---> sedangkan Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di bumi ini. Tapi, kenapa saya sendiri tidak memelihara diri saya...? Saya lupa tanggungjawab saya sebagai hamba. Saya lupa kepada yang mencipta diri saya. Saya alpa dengan nikmat yang ada. "Lembutkanlah hati anda wahai NORAQILAH BINTI JOHARI". Tundukkanlah diri pada Allah swt. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang dilakukan... ~✿

***Sesungguhnya, hanya Allah yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya-Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul Iman itu sendiri...Tenanglah dikau ---> wahai HATI...***

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

2 comments

29 March 2012 at 02:21

Bermuhasabah diri...Alhamdulillah...

29 March 2012 at 21:28

klu kite x b'muhasabah diri..
smpai ble berada d takuk lame kn =)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI