TIPS ATASI STRESS

BERFIKIR SEJENAK : adakah saye STRESS ?
Stress adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Stress yang tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan seseorang mengalami masalah mental. Berdasarkan temubual dan aduan dari pesakit di wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur, kebanyakan dari mereka mengalami masalah mental kerana gagal mengatasi dan menangani stress. Saya di'posting'kan di wad psikiatri selama 1 minggu . Sesi klinikal di sini banyak mengajar saya agar 'BIJAK MENGAWAL STRESS'.

Hurm, bak kata pepatah : hidup lebih sempurna bila kita berkongsi =) Tekanan hidup, masalah keluarga dan putus cinta merupakan antara faktor yang menyebabkan mereka mengalami masalah mental. Stress ---> kita selalu 'cop' ia sebagai sesuatu perkara yang buruk. Haa..betul tak apa yang saya cakapkan ni? Tapi kan ---> setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik. Bagi membolehkan stress membantu anda memiliki  hidup yang lebih baik, jom kita tangani stress dengan 'BIJAK'! Dengan kaedah 10B, kesan fizikan stress seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.

Bertenang boleh menguruskan stress
--->  menghentikan kitaran stress peringkat permulaan 

Bernafas secara dalam melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik
---> bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam. 

Berkata: Relakslah
---> kata2 ini sedikit sebanyak akan membantu tenteramkan hati kita

Beribadat, berzikir dan berdoa
---> dapat memberi seseorang sokongan emosi dan legakan perasaan

Berkongsi perasaan/masalah/dengan seseorang tentang perasaan kita
---> membantu kita jadi lebih tenang

Berurut dlm keadaan stress 
---> kerana semasa stress , otot2 dileher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Urutan akan legakan ketegangan otot dan lancarkan pengaliran darah 

Berehat dan mendengar muzik
---> merupakan teknik relaksasi yang dapat membantu menenangkan fikiran

Beriadah dengan aktiviti seperti berkelah/jogging atau melakukan aktiviti yg disukai
---> merupakan terapi diversional yang boleh membantu mengalih perhatian kita dari terus memikirkan tekanan yang dihadapi

Bersenam
--->  dapat tingkatkan pengeluaran hormon endorfin dan akan kurangkan ketegangan

Berfikiran positif dengan melihat kebaikan dalam mana2 situasi yang bersifat negatif
--->  Tumpukan kpd perkara yg baik. 

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT 

p/s : gambar ihsan mr.google
lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI