INSAN BIASA

"Ya, Allah Yang Maha Esa, curahkan hidayahMu kepadaku untuk melaksanakan amal perbuatan serta perilaku yang baik. Tidak ada yang memberi petunjuk untuk melaksanakan perbuatan serta perilaku yang baik kecuali Engkau.Dan, jauhkanlah buruknya perilaku dan perbuatanku.. Dan tidak ada yang dapat menjauhkan aku darinya kecuali Engkau. Aamiin. "

Saya hanya insan biasa yang bertatih meniti kehidupan di alam yang fana. Saya manusia yang sedang bergerak mencari dan terus mencari pedoman untuk terus kekal dalam keimanan kepada Allah swt. Saya juga hanyalah insan biasa yang sentiasa memohon bantuan , agar sentiasa berputik kesabaran dalam mengharungi kehidupan. Saya tidak punya harta bertimbun dan ilmu saya tidak setanding para cendiakawan.

Saya bukanlah wanita solehah kerana saya hanyalah seorang wanita yang sedang berusaha menjadi solehah. Saya bukanlah wanita ayu kerana keayuan saya hanya untuk yang 'halal'. Jika wanita berpurdah yang dicari, ia bukan saya kerana meskipun saya cuba berpurdah ---> saya masih tidak mampu melakukannya. Tetapi saya bercita-cita agar kaki ini berjaya melangkah ke Jannah Ilahi. Saya juga memasang impian ingin menjadi hamba Rabbani yang diredhai oleh Sang Pencipta, Allah swt Yang Maha Esa. 

Saya wanita yang ingin dibimbing.
Bimbing dan berilah ilmu agama pada saya.
Siapa pun anda ---> semoga anda menjadi yang 'halal' untuk saya ♥

p/s : gmbar from mr.google

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

2 comments

23 May 2012 at 07:58

Love ur statement~… ∩__∩

23 May 2012 at 10:41

@Unknown

thanks =)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI