HUNGER STRIKES !

Hukum Hunger Strikes

Mogok lapar mungkin satu - satunya pilihan yang ada pada mereka di sana.

Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan hukum mogok lapar ketika menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya mengenai hukum mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel . Beliau  menjawab :

Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka!

Sheikh Faisal Mawlawi,wakil ketua dewan kajian dan fatwa Eropah menyatakan:

Ianya adalah diharuskan bagi penduduk Palestin yang dipenjarakan di penjara Israel -ataupun hatta bagi banduan Muslim di negara Muslim itu sendiri- untuk melakukan mogok lapar sekiranya hak mereka dizalimi dan dinafikan dengan syarat bahawa ini adalah jalan yang terakhir dan ianya adalah satu-satunya jalan yang boleh dilaksanakan.

Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita SENTIASA bersama-sama dengan mereka.

Saya secara ikhlas memohon agar ALLAH SWT melepaskan mereka dari musibah ini melalui tindakan yang dilaksanakan mereka ini.

p/s : saya ---> tindakan mogok lapar mereka adalah wajar untuk menarik perhatian badan-badan antarabangsa dan persatuan-persatuan kemanusiaan untuk mengambil tahu isu yang sedang terjadi terhadap mereka. PEACE!

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI