ISTIKHARAH CINTA

Lirik lagu ini sangat menenangkan dan mendamaikan saya. Istikharah cinta? Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan istikharah cinta. Saya sangat yakin, bila kita sebut sahaja mengenai istikharah cinta, mesti terdetik di hati dan fikiran kita bahawa ia dilakukan bagi memilih pasangan hidup. Istikharah sebenarnya bermaksud meminta Allah swt memberikan ilham dan petunjuk dalam kita membuat pilihan dalam pelbagai perkara dan urusan dan yang pasti, ia bukan sahaja dilakukan hanya apabila kita buntu dalam memilih pasangan hidup. 

Kepada anda yang ingin melakukan istikharah cinta bagi memilih pasangan hidup, jadikanlah istikharah itu sebagai pedoman untuk anda memayungi kesucian cinta dibawah lindungan Allah swt. Letakkanlah perkahwinan itu sebagai titik permulaan perjalanan sebuah kemesraan cinta yang abadi. Semoga cinta itu dapat memimpin anda ke jalan yang diredhai Allah swt. Semoga cinta itu dapat membawa anda ke 'jannah'. Semoga jawapan kepada istikharah cinta anda itu bukan dari syaitan yang mengilhamkannya kepada diri anda. InsyaAllah.

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahawa pilihan ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagiku dan berkatilah aku di dalam pilihan ini. Namun jika Engkau tahu bahwa pilihan ini buruk untukku, agamaku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan pilihan itu dariku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan redhailah aku dengan kebaikan itu. Aamiin. "
p/s : ❤ Semakin banyak kita memberikan sayang sebelum kahwin, semakin sedikit sayang yang kita dapat selepas kahwin ❤


TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

4 comments

28 May 2012 at 00:35

Thnks sgt2.. ∩__∩

28 May 2012 at 00:41

@Unknown

u ur most welcome =)

31 May 2012 at 00:16

saya ingatkan istikharah ni untuk jodoh je.. huhu

1 June 2012 at 22:24

@Sayidah Nafisah Ruslan

xde la nafisah..
bila kita keliru dgn pilihan cthnya pilihan tmpat kerja, kita blh juga buat solat istikharah =)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI