MENCARI DIRI



❤ Changing from bad to good is a long-term adventure, but it is wonderful ❤


Mencari redha Illahi, pernahkah anda terdetik untuk melakukannya? Ia, saya sedar yang saya hanyalah insan biasa. Ilmu agama saya hanya seperti pasir kecil di lautan yang luas. Tapi, walau se'jahat' dan se'teruk' mana pun kita, pasti kita ingin berubah untuk menjadi yang lebih baik. Haa, betul kan ? Kenapa ? Sebabnya... kita kan manusia, asal usul kita pun dari Syurga, tempat paling suci. Jadi, fitrah kita ---> manusia sukakan kebaikan dan kesucian. 

"Kalau ada lintasan dihati kita untuk berhijrah daripada jiwa yang lalai kepada jiwa yang cintakan-Nya, maka bersegeralah melakukannya kerana percayalah bahawa itu adalah lintasan yang benar dari-Nya "

Mungkin, ada antara anda yang bermonolog sendiri, "Hurm, si _____ cakap macam ustazah je. Diri sendiri terumbang ambing pun ada hati nak nasihat orang". Ok la, up to u ollzz la nak cakap saya apa pun. Sedar atau tak, bila anda membaca 'entry' saya ini. Anda sebenarnya sedang berubah.


Dunia sekarang, jalan kebaikan dan jalan dunia umpama jalan menuju ke selatan dan timur. Apabila seseorang mengambil keputusan untuk menjadi lebih baik, mereka akan mengatakan, 

"hidup lama lagi, kita enjoy la dulu. Nanti dah tua kita berubah la jadi baik".

Astaghfirullahaladzim..
Amboi3..suka hati awak kan? Awak tau bila awak mati ke? Orang muda memang confirm ke boleh hidup sampai tua?

Saya juga pernah seperti mereka, hidup terlalu untuk dunia dan tidak ingin menjadi asing di dalam dunia yang rata-rata tidak mengamalkan islam sebagai cara hidup. "Hoi, kau pakai tudung tutup depan camni nak jadi ustazah ke?" Iya, saya sedikit terkesan dengan kata-kata 'mereka'. Tetapi, saya xkan pernah takut dengan bayang-bayang saya sendiri.Kalau berubah ikut fitrah itu asing di dunia sekarang, percayalah Allah bersama-sama dengan kita yang asing ini, kerana yang menciptakan fitrah kita itu Allah, bukan dunia.


Umar al-khattab :

"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini."


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Ya allah, ampunkanlah dosa kami, dosa yang nampak dan yang tidak nampak, dosa yang sengaja dan yang tidak sengaja, dosa besar dan dosa kecil, dosa yang zahir dan juga batin. Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, dosa guru-guru kami, para pemimpin kami seterusnya kaum muslimin dan muslimat yang terdahulu mahupun yang terkemudian, redhailah kehidupan kami di dunia mahupun akhirat.

Ya Allah Rahman, berilah kekuatan kepada kami untuk kami sentiasa mengagungkan kebesaranMu, taat akan perintahMu dan meninggalkan laranganMu. Engkaulah yang menghidup dan mematikan kami, engkaulah yang memberi kejayaan dan kegagalan kepada kami. Kami tidak ada daya upaya melainkan dengan izinMu semata-mata.

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami agar kami patuh dan taat akan perintahMu serta mengamalkan sunnah baginda Rasulullah SAW di dalam kehidupan mereka.

Ya Allah berilah keyakinan kepada kami agar kami berani dan bersedia menghadapi segala ujian yang diturunkan kepada kamii. Terangkanlah hati kami, mudahkanlah kami memahami pelajaran dan pengajaran yang engkau ingin engkau berikan melalui ujianMU.

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami agar kami taat menunaikan solat 5 waktu sehari dan semalam. Dengan solat itu Kau kurniakanlah rezki ilmu yang bermanfaat kepada kami. Dengan solat juga Kau lepaskan kami dari
Azab kubur, diberi buku catatan amalan melalui tangan kanan,melintas jambatan sirat sepantas kilat dan memasukkan kami ke dalam Syurga tanpa hisab.

Ya Allah Ya Rahim, berilah kekuatan kepada kami agar kami belajar bersungguh-sungguh dari kesilapan kami tanpa mengenal erti jemu. Dengan ilmu itu ya Allah mudah-mudahan kami tahu yang manakah suruhan dan laranganMu.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, berilah kekuatan kepada kami agar kami sentiasa mengingatimu dalam setiap masa dan keadaan. Semasa senang dan semasa susah, semasa lapang dan semasa sempit, semasa muda dan semasa tua, semasa sihat ataupun sakit.

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami agar kami dapat mengamalkan sifat-sifat terpuji (mahmudah) ke dalam diri mereka seperti sifat rajin, tekun, sabar, rendah diri, tolong menolong dan sebagainya, sebaliknya kau buangkanlah sifat-sifat keji (mazmumah) yang ada pada diri mereka seperti sombong, ujub, riak, dan sebagainya dari diri mereka.

Ya Allah berilah keikhlasan kepada kami agar kami melakukan dan meninggalkan sesuatu semata-mata kerana Allah, bukan kerana dipaksa atau disuruh oleh sesiapa.

Ya Allah, kau berilah kekuatan kepada kami agar kami berjuang bersungguh-sungguh di dalam menghadapi segala ujianMu terhadap kami. Jadikanlah kami bukan sahaja hamba yang cemerlang di dunia bahkan juga di akhirat nanti.

Ya Allah sebenarnya banyak lagi yang ingin kami minta, tetapi kami tidak pandai berdoa. Cukuplah apa yang nabi minta untuk kebaikan umatnya itu yang kami minta dan apa yang nabi minta jauhkan itu jualah yang kami minta jauhkan.

AAMIIN...

Semoga kita sentiasa muhasabah diri kita dari masa ke semasa.
Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelum ini.

p/s : picture from mr.google

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

2 comments

15 May 2012 at 12:38

nice sharing ^^V

15 May 2012 at 13:18

@!~ Dolly Auliya ~!

sharing is caring =D

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI