SEBELUM LENA

Dalam meniti masa, kita seringkali terleka. Sibuk mengejar keduniaan menyebabkan kita alpa mengejar akhirat. Salah siapa? Jujur, saya akui, "saya juga sering terleka dalam mengejar dunia". MasyaAllah, malunya saya pada Pencipta, Allah Yang Maha Esa. 

Sebelum mata terpejam rapat, sebelum tubuh berehat, sebelum minda berhenti memikirkan 'dunia' ---> apa perlu kita buat? Apa amalan yang harus kita lakukan?


Sebelum tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :

“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu" :
  1. Khatam Al-Qur’an
  2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
  3. Membuatkan para muslim meredhai kamu
  4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah
Sebagaimana Saidatina Aisyah, saya juga tertanya-tanya ---> Bagaimana nak laksanakan 4 perkara mengikut pesanan Rasulullah saw tersebut? Nak khatam Al-Quran sebelum tidur? Sampai esok pagi pun belum tentu saya dapat khatam Al-Quran. Hurm, bagaimana pula saya nak buat para nabi memberi syafaat kepada saya di hari akhirat kelak? Apa perlu saya buat supaya para muslim meredhai saya? Laksanakan ibadat haji dan umrah dalam 1 malam? Ya Allah, saya buntu!

JAWAPAN pada PERSOALAN saya di atas 。◕‿◕ 。

Bertanya Saidatina Aisyah :

“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”

Rasulullah tersenyum sambil bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al-Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kepadamu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”

Kesimpulannya, sebelum tidur ---> didik diri supaya :
  1. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali
  2. Berselawat
  3. Beristighfar untuk para muslimin
  4. Perbanyakkan tasbih, tahmid dan bertakbir

p/s : semoga sunnah Rasulullah saw menjadi amalan harian kita. InsyaAllah ツ
credit pic di atas to my trengkas

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

4 comments

18 May 2012 at 00:45

Nice entry :)

18 May 2012 at 01:07

@Sally Yatiey

terima kasih =)

18 May 2012 at 05:36

good info. thanks for sharing, & follow here.. =_=

18 May 2012 at 11:19

@puteri cahaya.

terima kasih =)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI