TAATI IBU BAPA


Sabda rasulullah saw:

"Redha Allah bergantung pada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua ibu bapa."

Bila difikir-fikir dan direnung, hadis di atas memberi kita banyak pengajaran supaya kita mentaati kedua ibu bapa kita. Sebagai seorang anak, kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab kita kepada kedua ibu bapa kita.  Semasa ibu bapa kita masih hidup, kita hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa dan berkorban untuk kita. Kita mestilah sentiasa berlemah lembut dan menjaga tutur kata apabila berkomunikasi dengan mereka, jangan sesekali kita meninggikan suara dan menyakitkan hati mereka.

Hurm, bagaimana pula jika kedua ibu bapa telah meninggal dunia? Adakah tanggungjawab kita sebagai seorang anak sudah habis? Tidak!  Sebagai seorang anak, kita mestilah sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai mereka, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji bagi mereka sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang mereka yang belum langsai semasa hayat mereka. 

Semoga kita akan sentiasa mentaati kedua ibu bapa kita dan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang anak. Kasih sayang yang paling ikhlas ialah kasih sayang terhadap kedua ibu bapa. Anak yang soleh dan solehah dituntut membalas jasa kedua ibu bapa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Bukan wang ringgit yang menjadi harapan mereka, cukuplah dengan seulas senyuman dan kata-kata yang lembut kerana bagi mereka, ianya lebih berharga dari wang beribu ringgit dan kemewahan yang melimpah ruah. Jangan sesekali kita menderhaka kepada mereka. 

Allah swt berfirman yang bermaksud: 

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”."
- (Surah al-Israk: 23-24)
p/s : saya sayang ibu bapa saya =)

#pic from mr.google

lots of love,
noraqilahjohari



TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

6 comments

31 May 2012 at 00:15

setiap hari saya baca doa ini :)

31 May 2012 at 10:07

amlkn bc doakn ni seleps solt..supy kite tergolong dlm ank yg soleh/ah.aminn.:)

1 June 2012 at 22:26

@jia creatifelt

insyaAllah =)

1 June 2012 at 22:27

@Sayidah Nafisah Ruslan

semoga doa kita diredhai Allah swt =)

2 June 2012 at 15:39

sy syg mummy daddy saya ^^

btw, nice blog...suka background bunga2...kiut ^^
sy da follow blog awk~

jum singgah http://alynnnyzaa.blogspot.com/2012/06/nuest-new-south-korean-boy-group.html

2 June 2012 at 16:18

@Alynn Nyzaa

thanks alynn..dh follow awk dh =)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI