HADIS PALSU BULAN REJAB?

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Perbincangan mengenai hadis palsu berkaitan dengan bulan Rejab menjadi topik yang agak "HOT" memandangkan bulan Rejab mula membuka tirai. Saya bukan nak 'menegakkan benang yang basah'. Sekadar peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan sesaudara. Sebelum kita menyebarkan mana-mana hadis, adalah lebih baik kita 'mencari' kesahihan hadis tersebut dahulu. Kenapa? Hurm, bukankah agama wajib dipelihara ketulenannya dan Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama ? {。^◕‿◕^。} Antara hadis palsu tersebut adalah :

"Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku".

Berdasarkan pandangan para muhaddisin(ulamak-ulamak hadis),berdasarkan risalah “Izharul Ajbi Fi Bayaani Bida' Syahri Rajabi”, karangan Syeikh Aqil bin Muhammad :
  • Al-Iman Ibnu Jauzi. Beliau telah mengarang satu kitab yang berjudul "Al-Maudhuuat" (hadis-hadis palsu). Beliau telah memasukkan hadis ini dalam kitab beliau tersebut dan menyebut : Hadis ini adalah pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. jilid 2, m/s 206
  • Imam Al-Suyuti. Beliau telah mengarang kitab "Al-Laali' al -Masnu'ah Fil Ahadis al-Maudu'ah" iaitu satu kitab yang mengumpulkan hadis-hadis palsu. Beliau memasukkan hadis ini ke dalam kitab tersebut. Jilid 2 , m/s 114.
  • Al-Hafiz Ibnu Hajar. Beliau telah mengarang satu kitab yang berjudul "Tabyiinul Ajbi Bima Warada Fi Fadhli Rajabi"- (bererti menyatakan kehairanan dengan apa-apa (hadis) yang menyebut tentang fadhilat bulan rejab). Beliau memasukkan hadis ini dalam bukunya tersebut dan menyatakan bahawa hadis ini adalah palsu.
  • Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. Beliau juga telah menyatakan dalam kitabnya "al-Manarul Munif" bahawa hadis ini adalah palsu. m/s 95
  • Ibnu Iraq al-Kinani, pengarang kitab "Tanzihus Syari'ah", satu kitab yang juga menghimpunkan hadis-hadis palsu. Beliau memasukkan hadis ini ke dalam kitab beliau, jilid 2, m/s 92. Imam as-Soghani juga menyatakan hadis ini adalah palsu. Ini adalah antara yang disebut oleh Syeikh Aqil dalam risalah tersebut.
Antara ulamak yang menganggap hadis ini palsu ialah Imam Al-Syaukani dalam kitabnya "Al-Fawaidul Majmu'ah". Kitab ini juga adalah kitab himpunan hadis-hadis palsu. Muhammad bin Basyir al-Azhari juga menyatakan dalam muqaddimah kitabnya “Tahzirul Muslimin” tentang kepalsuan kelebihan bulan rejab ini. Kitabnya juga adalah himpunan hadis-hadis palsu. Daripada pernyataan para ulamak hadis tadi, jelaslah kepada kita bahawa palsunya hadis tentang kelebihan bulan rejab. Berkata Al-Hafiz al-Iraqiy : "Dan tidak ada satu pun hadis yang sahih mengenai fadilat bulan rejab".

Tetapi perlu diingatkan supaya janganlah kita sekali-kali berhenti beribadat dalam bulan rejab dengan sebab risalah ini, kerana itu adalah reaksi yang tidak bijak, sebaliknya yang perlu dihentikan hanyalah anggapan kita terhadap kelebihan bulan tersebut.

Imam Nawawi :
"Dan tidak ada satu hadis pun yang menunjukkan fadhilat berpuasa pada bulan rejab, dan tidak ada juga satu hadis yang melarangnya, tetapi asal hukum berpuasa adalah sunat, - yakni setiap masa –". Dan Allah swt sahajalah Yang Maha Mengetahui.

wallahualam....

p/s : janganlah kita sama-sama membuat atau menyebarkan pembohongan terhadap Rasululllah s.a.w.
lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

2 comments

22 May 2012 at 01:43

thanks utk info 2...skurang2nya kita x tpengaruh dgn perkara2 yg palsu

22 May 2012 at 11:41

@iEdA

share la klu b'manfaat ye ieda =)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI