HARI JURURAWAT 2012

 Tema Hari Jururawat 2012 :
Closing the Gap: From Evidence To Action

Hari Jururawat disambut bagi mengenang jasa bakti para jururawat yang memberi perkhidmatan kejururawatan kepada seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, status,jenis penyakit, di bandar atau luar bandar, kawan atau lawan. Kami, Jururawat Pelatih di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh, Selangor telah mengadakan sambutan Hari Jururawat peringkat kolej pada 30 Mei 2012. Haa, pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa lambat sangat sambutan dibuat kan? Sepatutnya 12 Mei kan? Hehe.. Antara salah satu faktor sambutan dibuat agak lewat adalah kerana kekangan masa. Jom kita review aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sambutan ini.

Kami berkumpul di Padang Asrama Pelatih KSKB Sg. Buloh  bagi aktiviti sukaneka dan senamrobik seawal jam 7 pagi.
Tapi, memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan, kami hanya sempat bersenamrobik bersama-sama. Hujan turun dengan lebatnya menyebabkan aktiviti padang tidak dapat diteruskan.


Pukul 2 petang, kami berkumpul semula di Auditorium KSKB Sg. Buloh. Apa aktiviti di sini ? Kami berkumpul dalam 1 rumpun 1 Malaysia 1 Jururawat di sini untuk Majlis Perasmian oleh Pengarah KSKB Sg. Buloh iaitu Tuan Haji Suhaimi Bin Jusoh.


okey ---> ini cenderahati hak milik saya!

Eh..cepatnya masa berlalu. Ini adalah malam kami melaram dan makan banyak-banyak. Hari-hari pakai uniform putih, malam ni kami berwarna-warni , bergaya ala-ala artis gitu. Hehe =)

Tetamu VVIP tiba dengan baju yang agak simple dari biasa dan tidak berjaya mencuri tumpuan  jemputan lain. Haha! Just joking. Actually, saya just pakai baju recycle (taknak membazir beli baju!).
Ini sahabat saya a.k.a roomate kesayangan, Siti Nor Bayah Majid. Jom terjah blog beliau!
Saya bersama rakan-rakan. Sayang korang ketat-ketat simpul mati ok =)




TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

6 comments

7 June 2012 at 20:57

selamat hari jururawat.. hehe

7 June 2012 at 21:49

@Aida Omar

terima kasih =)

9 June 2012 at 18:30

Hi nurse, selamat hari jururawat. Hihi =D

http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/studying-is-my-priority.html

9 June 2012 at 20:14

peghhh ! mcm best jewk :)

(http://syedsalleh.blogspot.com/)

10 June 2012 at 00:23

@Nurulee

thanks nurul =)

10 June 2012 at 00:24

@Syed Salleh

hehe =) best!

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI