BAHAYA LIDAH!

"lembut lidah tidak bertulang, tetapi kata-katanya menusuk seperti belati"
Lidah dikurniakan oleh Allah swt untuk kita berkata-kata. Tetapi, dalam sedar atau tidak, adakah kita menggunakan lidah dengan sebaiknya? Kita seringkali menggunakan lidah untuk berbual kosong tanpa hala tuju, mengumpat dan mengata orang di sekeliling kita, bercakap perkara sia-sia yang tidak tahu mana hujung pangkal sehingga kadang kala tanpa sedar kita melampaui batas dan menyakiti insan lain.  Saya juga mungkin tidak terlepas dari melakukan perkara yang sama kerana saya juga insan biasa. Tetapi, insyaAllah bahaya lidah ini dapat kita cegah!

Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya seorang hamba Allah mengucapkan satu perkataan yang dibenci Allah ia tidak ambil hirau, menyebabkan dia terjerumus ke dalam api neraka (jahanam).”
- (Hadis riwayat Bukhari)

Lidah memang tidak bertulang, mudah berkata-kata tetapi kadang-kala percakapan itu menolak seseorang ke jurang neraka. Oleh itu, peliharalah lidah sebaik-baiknya =)

p/s : pelihara lidah, pelihara iman =) 
picture mr.google

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

2 comments

14 June 2012 at 19:23

kerana itu lidah menjdi anggota paling berbahaya pada manusia...kerana lidah, badan binasa...

16 June 2012 at 13:16

insyaallah kita dapat mencegah kemungkaran daripada lidah bersama..nice etry :)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI