NASIHAT-MENASIHATI 1 KEPERLUAN

 "Awak perlukan saya dan saya perlukan awak!"
Allah menjadikan kita dalam keadaan saling memerlukan antara satu sama lain. Kehidupan kita tidak akan lengkap, tidak akan bahagia dan tidak akan sempurna tanpa kehadiran orang lain untuk menasihati kita. Nasihat-menasihati adalah salah satu keperluan penting manusia. Tanpa nasihat dan menasihati sesama kita, kehidupan kita akan huru-hara dan hala tuju kita entah ke mana. Bila kita sedang 'kosong' mencari arah tuju, bukankah kita memerlukan seseorang untuk mendengar luahan dan memberi nasihat kepada kita?

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu.
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
- (Imam Hasan Al-Basri)

Apabila kita memberi nasihat kepada orang lain, tidak bermakna kita adalah insan terbaik di kalangan mereka. Orang yang menerima nasihat pula bukanlah insan yang terhina di kalangan mereka. Kenapa? Ia adalah kerana situasi kita itu saling nasihat-menasihati, kita semua pernah memberi nasihat dan pernah menerima nasihat. Bukankah suasana itu menunjukkan kita saling lengkap melengkapi untuk kesejahteraan hidup? 

"Setakat status berlagak alim kau, kau rasa kau hebat sangat la?!"

Saya hanya insan biasa yang bertatih meniti kehidupan di alam yang fana. Saya manusia yang sedang bergerak mencari dan terus mencari pedoman untuk terus kekal dalam keimanan kepada Allah swt. Saya juga hanyalah insan biasa yang sentiasa memohon bantuan , agar sentiasa berputik kesabaran dalam mengharungi kehidupan. Jawapan saya kepada anda yang pernah terlintas berkata begitu kepada saya ---> ini jawapan saya ---> klik!

p/s : Sekadar mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan =)

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

32 comments

20 June 2012 at 21:58

sama sama saling memerlukan

20 June 2012 at 22:09

nasihat menasihati amalan mulia :)
salam kenal ^^

20 June 2012 at 22:28

semoga ukhwah ini kekal ..^-^

20 June 2012 at 22:57

@Cintaku Tihani

"saye perlukan awk." =)

20 June 2012 at 22:58

@|shuhadaothman|TM
semoga ukhwah b'kenalan =)

20 June 2012 at 22:58

@sare ared
insyaAllah =)

20 June 2012 at 23:18

salam perkenalan.. terima kasiihh atas nasihat inii.. :)

20 June 2012 at 23:22

kita sentiasa memerlukan...hehe

20 June 2012 at 23:24

@cik epal
salam kenal ye cik epal =)
mntak epal sebijik..lapar..hehe =P

20 June 2012 at 23:38

@Masha Meisters

haa..betul3 =)

21 June 2012 at 11:15

salam ukhwah..=)

21 June 2012 at 11:20

sama2 memerlukan...hehe

21 June 2012 at 11:28

INSAN - pelupa...
kadang2 kita tahu... tp kita lupa...
tu yang kita perlukan orng utk ingatkan dan nasihatkan kita....

21 June 2012 at 12:24

Nasihat jugak boleh tolong kita baiki diri kita kan ? =)

21 June 2012 at 12:31

@NoRaQiLah JohaRi kebun epal masuk pencuri laa..habis epal kena curi laa.. jom epal belanja aqilah makan tutti fruti.. hehhe.. :)

21 June 2012 at 12:53

@Ayu Iman

salam ukhwah ayu =)

21 June 2012 at 12:54

@hairy

"saya perlukan awak dan awak perlukan saya." =)

21 June 2012 at 12:54

@Manan Qayyim

betul 2 =)

21 June 2012 at 12:55

@Farie Faraway

iye..klu xde sape memberi nsht..kite pasti akn trus t'leka kn =)

21 June 2012 at 12:55

@cik epal

tutti fruti? wah! jom3 =)

21 June 2012 at 13:32

yang bagi nasihat tu bagus, dan kita ini haruslah menerima nasihat itu dgn hati terbuka ;)

21 June 2012 at 16:44

@::dEyb::

=) betul 2..

21 June 2012 at 16:53

@NoRaQiLah JohaRi:)

21 June 2012 at 23:48

Nasihat tu mmg penting dlm hidup =D hehe

http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/aku-penat-jadi-athlete.html

22 June 2012 at 00:16

bila kita rasa kosong. kita perlukan tambah. bukan darab yg hanya akan menghasilkan kosong kembali. acewahh

22 June 2012 at 04:31

manusia kadang2 lupa jadi kena ada yg tolong ingatkan..kan kan kan :)

22 June 2012 at 15:42

setuju..saling melengkapi..saling menasihati..

22 June 2012 at 19:25

Bila ada seseorang yang menasihati kita.. janganlah kita pandang siapa dia.. kita pandang apa yang ingin dia sampaikan :) tapi tak dinafikan org sekarang selalu guna ayat.. "nak nasihat org pandai tgk diri sendiri dulu" :) nice entry dear.. aida suka.

23 June 2012 at 09:51

@Shawn Razaleigh

pandai ye shawn =)

23 June 2012 at 09:52

@kaishin

iye..kite insan biase..t'lupe itu lumrah kn =)

23 June 2012 at 09:52

@Pecinta pink^^

same2 kite saling melengkapi ye =)

23 June 2012 at 09:54

@Aida Omar

betul dear =) ad jugak yg ckp, "diri sendiri x btul, ad hati nk nsht org." semoga kita djauhi sft ego cam 2 =)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI