SOMBONG?

Saya sombong ? Awak sombong? Saya, awak atau awak yang sombong? Masing-masing saling menunding jari.

Rasulullah saw dalam sebuah hadisnya bersabda:

“Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.”
- (Hadis riwayat Muslim)

Hidup jangan sombong, jangan nak bermegah sangat dengan apa yang kita miliki hari ini. Bukankah semua itu pinjaman Allah swt semata-mata? Bila-bila masa sahaja kita boleh tersungkur jatuh. Bukankah kita memerlukan bantuan untuk bangun semula? Kalau kita sombong, siapa nak bantu kita?

Sifat sombong = ego = angguh perlu kita jauhi dalam meniti kehidupan. Sifat bagaimana yang menunjukkan kita sombong? Jom kita sama-sama semak :

 Susah menerima pandangan dan nasihat orang lain walaupun hatinya merasakan pandangan tersebut lebih baik daripadanya. 

✔ Cepat marah, panas baran dan terlalu emosional. 

✔ Berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ dengannya. 

✔ Suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya dan memandang rendah pada golongan bawahan yang tidak sama 'level' dengannya.

✔  Suka meninggikan suara dalam perbincangan kerana inginkan perhatian.

✔  Dalam pergaulan, suka percakapannya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Tetapi dia susah untuk mendengar pandangan atau nasihat orang lain.

✔ Memimpin dengan kasar dan keras terhadap orang bawahannya dan suka memberi arahan tanpa memikirkan perasaan orang bawahannya.

✔  Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang melakukan kesilapan dengannya tetapi bila dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf.

✔  Suka dihormati dan mudah tersinggung bila tidak dihormati. 

✔  Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.

 ✔ Suka mengumpat, memfitnah serta mendendami orang lain.

✔  Tidak menghargai pemberian orang lain.

✔  Suka menceritakan kelebihan diri sendiri dan kurang mensyukuri nikmat-nikmat Allah swt.

✔  Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

✔  Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.

✔  Tidak suka menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.

✔   Kurang minat menerima tetamu dan tidak suka menjadi tetamu orang.

p/s : Apabila kita sombong, di dunia lagi orang tidak suka. Di akhirat terjun ke Neraka. Sebab itu sifat sombong ini mesti kita jauhi. Semoga sifat sombong tidak ada dalam diri kita walaupun sebesar zarah, barulah kita selamat dunia akhirat =)

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

24 comments

25 June 2012 at 23:00

lpas ni saya xmau bcekak pinggang.. saya nk jdi kecik ...kurus ala amber chia..hehehe

25 June 2012 at 23:01

lpas ni saya xmau bcekak pinggang.. saya nk jdi kecik ...kurus ala amber chia..hehehe

25 June 2012 at 23:24

hai... saya ni tak sombong...

25 June 2012 at 23:25

@izzati_bloging

hehe =) kena slim2 la ye.. =P

25 June 2012 at 23:26

@Tukang Karut

ops.. O_o saye pn x sombong kot.. =P

25 June 2012 at 23:29

x nk sombong daaa..hihihi
=)))

25 June 2012 at 23:50

Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 413 .

Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

26 June 2012 at 00:00

@Fariz Reza [FR]

waalaikumussalam =)
insyaAllah..salam ukhwah =)

26 June 2012 at 00:04

@Amanina Nasuha

same2 kite jauhi sft sombong ni ye =)

26 June 2012 at 02:09

idup sombong x best kn ^^

26 June 2012 at 10:14

sangat benar.

26 June 2012 at 12:56

klau sy sombonk, sy dah xcomment entry awk...hehe

follow sy
http://nuruliman723.blogspot.com/

26 June 2012 at 21:07

@caliph shuriken

betul3..klu kite sombong..xde sape nk kwn kn.. =)

26 June 2012 at 21:08

@Nurul Iman

time kasih =)

28 June 2012 at 00:21

payah betul bila dengan org yg sombong ni kan..

29 June 2012 at 21:20

kalau sombong orang pon x suka. kan :)

29 June 2012 at 21:21

kalau sombong orang pon x suka. kan :)

30 June 2012 at 23:44

Jauhi sifat sombong.. kerana sombong tidak membawa kemana.. nice entry dear..

1 July 2012 at 00:16

@mr emperor

tau xpe..semueny nk ye yg btul kn =)

1 July 2012 at 00:16

@|shuhadaothman|TM

kite x suke..ye pn x suke kite..haha =)

1 July 2012 at 00:21

@Aida Omar

betul 2 =)

28 February 2013 at 15:50

bnykny info...thanks...tapi ada orang yg judge org tu sebelum kenal.. means, berdasarkan fikikal / muka org tu dia dah kata org tu sombong. btw, first time dtg sini...nice blog.terus foloow.do visit my blog too (maaf bnyk ckp) ngeh3

28 February 2013 at 20:08

@Cik Tanpa Nama

thanks sudi singgah :)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI