KHUSYUK DALAM SOLAT

Solat ! Bila disebut mengenai solat, pasti ada yang akan menjawab. Solat ada 5 waktu ---> subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Tapi, tahukah kita maksud bacaan dalam solat yang kita lakukan itu? Kita nak mengerjakan solat dengan khusyuk tapi makna dalam bacaan solat pun kita tak tahu. Hurm, boleh ke kita khusyuk kalau kita sendiri tak tahu apa yang kita baca dalam solat? Solat merupakan tiang agama dan ianya lebih penting dari berpuasa, menunaikan zakat dan mengerjakan haji. Kerana itu, di dalam rukun islam ---> solat diletakkan pada no 2 selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Khusyuk dalam solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah swt :


maksudnya :
“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”
- (Surah Al-Mukminun : ayat 1-2)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.”

Di sini, saya ingin kongsikan dengan rakan-rakan salah satu cara untuk senang faham makna dalam bacaan solat. Jom sama-sama kita teroka video di bawah {。^◕‿◕^。}


Selain itu, untuk mengekalkan solat yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan:

Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

回  Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan begitu hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

回  Mendirikan solat di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh. 

回  Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibaca terutama Al-Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut difahami oleh orang yang melaksanakannya.

回  Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah swt memperhatikan solat kita itu.

回  Rasa Malu (Haya’) terhadap Allah swt, rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah swt dan
berharap serta yakin Allah swt menerima solat dan amal kita.

回  Hati diajak ikut dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

回  Membesarkan Allah swt dalam solat.

回  Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan mengganggu pemikiran.

回  Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

回  Mengambil wudhuk dengan sempurna.

回  Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan mata pula ditumpukan pada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

回 Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan solat bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

回  Ditegah solat dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

p/s :  berusahalah untuk mengenali Allah swt dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. 

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

2 comments

3 June 2012 at 18:31

Best la video tu.. thanks~… ↖(^▽^)↗

3 June 2012 at 19:56

@Unknown

senang kn nak fhm =)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI