SELAMAT DATANG RAMADHAN

Teringat masa zaman kanak-kanak dulu, setiap kali bulan puasa saya mesti lupa niat berpuasa. Tapi, bila masuk waktu berbuka, saya tak pernah lupa doa berbuka puasa. Erk, mungkin terlalu excited nak berbuka.  Makan sepuas-puasnya tanpa saya kenal erti sebenar kenapa saya berpuasa. Yang saya tahu, berpuasa hanyalah menahan diri dari makan hingga tibanya waktu berbuka. Jahilnya saya ketika itu. Zaman kanak-kanak di mana saya hanya tahu bersuka ria telah pergi. Yang berlalu, telah pun berlalu. Detik yang berlalu semakin mematangkan iman. Detik yang berlalu itu kini menambahkan lagi cinta kepada Allah swt.  Ramadhan yang dirindui tiba lagi. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan untuk menikmati bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Semoga kita tidak mensia-siakan nikmat dan peluang yang diberi oleh Allah swt untuk meraih keberkatan di bulan Ramadhan. Siapa tahu, mungkin Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir buat kita. Bila-bila masa Allah swt boleh tarik nyawa kita. Bukankah hidup di dunia ini hanya pinjaman semata-mata? Hanya Allah Maha Mengetahui bila tibanya ajal kita. Jadi, kita perlulah sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan. Rebutlah peluang sementara kita masih diberi kesempatan supaya di akhirat kita tidak menyesal.

Pada bulan ini, Allah swt membuka pintu syurga seluas-luasnya dan pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya. Syaitan-syaitan yang sentiasa memusuhi umat Islam juga dirantai. Segala amal ibadah dan kebajikan kita digandakan Allah swt. Amalan sunat kita pula diberi pahala fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain. Amatlah beruntung bagi sesiapa yang mengambil peluang ini untuk beribadah dan rugilah pula kepada mereka yang melepaskannya begitu sahaja.

p/s : Salam Ramadhan kepada semua =)
lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

7 comments

20 July 2012 at 13:32

Salam Ramadhannn :)

20 July 2012 at 15:52

Salam Ramadhan... :D

21 July 2012 at 10:23

@Zati Novelis

salam ramadhan =)

21 July 2012 at 10:23

@Masz Sidek

salam ramadhan =)

21 July 2012 at 11:40

salam ramadhan :)

21 July 2012 at 23:46

selamat berpuasa..

makneng follow kamu
jom follow makneng...=)

24 July 2012 at 09:19

pet dh refresh bnyk kali tp shotbox xmo loading juga T___T

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI