DUNIA HANYA PINJAMAN

Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara dan pinjaman semata-mata. Yang pasti, setiap daripada kita akan tetap melalui kematian dan akan berada di Negeri Akhirat tanpa ada lagi kematian selepas itu, selama-lamanya. Setiap yang hidup, pasti akan merasai mati. Ada ke yang tak takut mati? Sila jangan datang lagi ke sini! Ops..sori sori sori, melawak je =)

Firman Allah swt:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. " 
- (Surah Al Imran : 185)

Ketika kita dilahirkan, kita diazan tanpa solat,
Apabila sampai saatnya kita dijemput Illahi,kita akan disolatkan tanpa azan.

Ketika kita dilahirkan kita tidak tahu siapa yang melahirkan kita,
Apabila kita mati kita tidak akan tahu siapa yang akan mengusung kita.

Ketika kita dilahirkan, kita dibersih dan dimandikan,
Apabila kita meninggal dunia, kita akan dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

Ketika kita dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kita bergembira,
Apabila kita meninggal dunia, kedua ibu bapa dan keluarga kita menangis.

Adam dan keturunannya dijadikan Allah swt daripada tanah,
Maha Suci Allah yang Maha Besar menjadikan kita akan menjadikan kita balik kepada kejadian asal kita setelah meninggal dunia.

Ketika dalam perut ibu, kita berada dalam kegelapan dan kesempitan,
Apabila kita meninggal dunia, kita juga akan berada dalam kegelapan dan kesempitan.

Ketika kita dilahirkan, kita dibaluti kain untuk melindungi tubuh,
Ketika kita meninggal dunia, kita juga akan dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuh.

Ketika kita dilahirkan dan setelah dewasa, kita diperhati dan melakukan kemahiran,
Apabila kita meninggal dunia, kita tidak akan ditanya melainkan amalan soleh.

Firman Allah swt:

"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya (sebagai bekal) itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."
- (Surah Al kahfi : 46)
❤ Apakah bekalan yang telah kita sediakan ? Tepuk dada, tanya iman. ❤

p/s : gambar pinjam from mr.google

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

7 comments

11 July 2012 at 00:46

nice entry~ =')

12 July 2012 at 14:08

nape x le nak follow

12 July 2012 at 14:09

dh follow..

12 July 2012 at 22:20

mengikut sabda nabi, umur seseorang itu mencapai dlm lingkungan 60-70 tahun dan xramai pun yg melebihinya.. huhu

13 July 2012 at 00:52

@haz

time kasih =)

13 July 2012 at 00:52

@Mrs Velentine

salam ukhwah =)

13 July 2012 at 00:53

@mr emperor

ajal maut Allah swt dh tentukan =)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI