DARI SAHABAT

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari."
|::: Saidina Ali :::|
pic from here

Jika kita bersahabat kerana Allah swt, hubungan persahabatan tersebut sudah tentunya sangat indah. Bila bersahabat, kita juga tidak mungkin akan terlepas dari berselisih faham. Kadangkala, kerana terlalu menyayangi sahabat kita itu, kita menjadi terlalu sensitif dengan setiap perbuatannya. Jika hati dipengaruhi emosi, pergaduhan pasti akan berlaku. Tanganilah setiap masalah dengan bijak. Jangan sampai terputus ukhwah yang telah terjalin. Setiap dari kita pasti mempunyai ego masing-masing. Tetapi, kita harus sedar  bahawa memohon maaf terlebih dahulu bukan bererti kita kalah atau salah. Demi menjernihkan keadaan dan silaturrahim, apa salahnya ego itu kita tolak ketepi?

Pernah tak kita terfikir, kenapa Allah swt menjadikan kita berbilang kaum, bangsa dan warna kulit? Hurm, kenapa kenapa kenapa? Ops, banyak pula soalnya. Allah swt menjadikan kita berbilang kaum, bangsa dan warna kulit agar kita dapat saling mengenali dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Buktinya? Firman Allah swt :

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." 
- surah al-Hujurat [049] ayat:13

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah swt, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."
lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

21 comments

29 July 2012 at 02:46

betul tu..=)

29 July 2012 at 08:48

mmg betul dan tepat sekali ...

29 July 2012 at 10:39

@caer sasuke

semoga ikhlas b'sahabat =)

29 July 2012 at 10:39

@King Ungu

semoga ukhwah b'kekalan =)

29 July 2012 at 12:14

supaya manusia boleh saling kenal mengenali.. hewhew..

29 July 2012 at 14:24

Betul2 :)

29 July 2012 at 14:57

Agree. Tp Ee kalau ada kwn perempuan, susah skt nak paham diorang. Entah, kdg2 meluat pun ada. Hahaha =D But chill, Ee kwn jugak dgn ikhlas. Peace.

29 July 2012 at 15:28

betul... betul... betul...

29 July 2012 at 15:46

kwn, sahabat, teman. semua memiliki maksud tersndiri. :)

29 July 2012 at 23:51

best friend till jannah...amin

30 July 2012 at 06:53

mak korn ckp, kalo berkawan dgn org kne berhati2.... zaman dulu dgn skrg byk beza nyaa

31 July 2012 at 06:08

kwn leklok yer, hikk...

31 July 2012 at 15:20

@en. buaya

semoga ukhwah yang terjalin berkekalan =)

31 July 2012 at 15:20

@Sally Yatiey

semoga ukhwah b'kekalan =)

31 July 2012 at 15:22

@Nurulee

rambut sama hitam, hati lain-lain kan =) sabar ye..pompuan kn sensitif, mmg ssh ckit la nk fhm kot =)

31 July 2012 at 15:22

@Azmi Khan

semoga ukhwah b'kekalan =)

31 July 2012 at 15:23

@KorN

betul 2 korn =) bkn nk memilih, tp mmg kena memilih bile b'kwn =)

31 July 2012 at 15:23

@caliph shuriken semoga ukhwah b'kekalan =)

2 August 2012 at 11:22

nice post sahabat :)
salam kenal yah :)

2 August 2012 at 18:28

Disini dimaklumkan bahawa anda telah tersenarai dalam

BLOGLIST IT'S COMPLICATED PALING GEMPAK DI DUNIA

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI