SAYA, AWAK ATAU AWAK KUNO?


Pandang kiri, pandang kanan, pandang depan, pandang belakang..STOP! Wanita dan fesyen ibarat isi dan kuku. Tak salah nak berfesyen, tapi salah bila anda mendahulukan fesyen dan membelakangkan agama. Islam membenarkan fesyen tapi Islam juga melarang tabarruj. Allah swt tak suka mereka yang berlebih-lebihan.

Pakai shawl + baju sendat = vogue

Pakai shawl + tengkuk terdedah = gorgeous

Pakai legging + baju lengan pendek = stylo

Pakai skinny + blouse labuh tutup punggung+tak bertudung+heels 4 inci = cute

Buat anda yang berfesyen begitu, memang itu ke yang anda suka? Berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? Fesyen didahulukan, agama dikemudiankan? Anda selesa dengan penampilan anda? Anda tak segan tubuh  anda diratah mata manusia? Bangga bila ada yang memuji, "wah, cantiknya awak berpakaian begitu!". Maaf jika entri saya agak kasar. Saya wanita, anda juga wanita. Ikhlas dari hati nurani, saya malu melihat  anda berfesyen bagaikan dunia ini  anda yang punya. Berbaju kurung dan bertudung litup dianggap kuno? adakah dengan fesyen mengikut peredaran masa, mendedahkan aurat sana-sini jadikan kita seorang yang up-to-date? 

"Kau keluar pakai baju kurung? Ni KL la, bukan kelantan!"

Kepada anda yang pernah menegur saya, saya selesa dengan pakaian saya. Memang saya sekarang bukan di kelantan. Persoalannya, adakah saya hanya layak berbaju kurung di kelantan sahaja? Bagi saya, sopan tidak menjejaskan kecantikan seseorang dan tidak akan menjadikan saya kelihatan kuno. Biar saya nampak kecundang dalam dunia moden asalkan saya tidak kecundang dalam mempertahankan aurat saya. Anda berfesyen untuk kepuasan diri sendiri kan? Tapi, pernahkah awak sedar bahawa diri awak tidak akan pernah puas?


Allah swt berfirman :

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, danjanganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya…
- (al-Nuur : 31)

Allah swt juga berfirman :

وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ


Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 
-(al-Nuur : 60)

Allah swt juga berfirman :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
- (al-Ahzab : 59)

"Sepantas mana pun anda berlari untuk mengejar kepuasan diri, anda takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasan yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT."

p/s : berfesyen biarlah mengikut landasan yang betul. Pic diimport dr mr.google

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

6 comments

17 July 2012 at 21:09

Betul...ber"style" patut kena pada tempat dan cara. Bukan citarasa sahaja tapi juga landasan yang betul.

17 July 2012 at 22:08

Setuju.. Berfesyen mengikut syariat, bukan mengikut era.. :D

18 July 2012 at 17:11

biar pelik kat dunia jgn pelik kat akhirat....

18 July 2012 at 19:26

ini KL la, bukan klantan..

macam la Allah tu duk kat kelantan saja. haha

18 July 2012 at 21:06

berfesyen biar mengikut syariat kan..Allah swt Maha Melihat..walau dimana pun kita..kita takkan pernah terlepas dari pandangannya.. =)

Anonymous
3 September 2012 at 02:01

btol~
sgt setuju...=

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI