KERANA CINTA-NYA

Jika kita menginginkan sesuatu ---> kita akan tetap cuba mendapatkannya walau dengan apa cara sekalipun. Kita berjuang dan berusaha untuk mendapatkannya hingga kadangkala kita lupa, segala apa yang berlaku ditakdirkan oleh Allah swt. Hakikatnya, jika Allah swt sudah takdirkan sesuatu itu bukan untuk kita ---> kita tetap tidak akan mendapatnya. 

Mintalah pada Dia yang berhak, milikilah jiwa ini keranaNya. Milikilah hati ini dengan izin Allah swt. Milikilah cinta dan diri ini kerana agamaNya. Berdoalah pada Allah swt supaya hati ini tulus mencintai awak keranaNya. Saya hanya insan yang tiada daya upaya. Hanya kepadaNya saya berserah. 

Jodoh itu rahsia Allah swt. Kita hanya merancang dan mencari jalan untuk mencapainya. Sebaik-baik perancangan itu adalah dariNya. Untuk memulakan hubungan antara manusia dengan manusia, Allah swt ciptakan rasa cinta. Jom kita hayati kisah cinta Nabi Adam :

Allah swt datangkan rasa rindu, sepi dan inginkan teman di dalam hati Nabi Adam a.s.. Nabi Adam a.s. tinggal di syurga, tempat terhimpunnya segala nikmat dan keindahan. Tapi, tanpa kehadiran seorang “wanita”, Nabi Adam a.s. masih terasa kesepian. Allah swt yang mengurniakan rasa itu. Kenapa? Untuk menjadikan ianya sebab terbentuk hubungan suami dan isteri yang kemudiannya menjadi sebab lahirnya zuriat demi zuriat yang melahirkan generasi manusia. Dan kemudian Allah swt datangkan musim ujian kepada mereka. Cinta mereka berdua terpisah ketika “tercampak” ke alam dunia. Setelah sekian lama cinta mereka terpisah akibat kesalahan mereka, akhirnya mereka bertemu semula di padang Arafah. Dari situlah bergabungnya jiwa, minda, perasaan mereka untuk menjalankan peranan sebagai hamba Allah swt dan khalifah di dunia.

Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan mereka melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama. 

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan.”
Cinta itu sememangnya penting, tetapi kita harus sedar bahawa ibadah dan menegakkan hukum Allah swt jauh lebih penting. Yang dikesalkan, tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah swt yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. Itukah kita?

p/s : Letakkanlah cinta sebagai alat untuk beribadah kepada Allah swt. Semoga cinta kita hanya untuk yang halal. InsyaAllah :)

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

4 comments

16 July 2012 at 21:14

oh oh.. Ini memang motivasi yg terbaik.. Hoho..

16 July 2012 at 21:24

@mr emperor

motivasi utk diri sndri dan awk juge =)

17 July 2012 at 20:25

nice post dear :)

17 July 2012 at 21:03

@tirahzairi

thanks dear =)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI