MENCARI SOLEHAH

Changing from bad to good is a long-term adventure, but it is wonderful. 
Jangan takut, Allah swt bersama kita
Saya ingin menjadi seorang wanita yang solehah. Itu cita-cita saya dan pastinya cita-cita hampir semua wanita. Dalam menyusur jalan mencari iman dan takwa, seringkali saya tersungkur jatuh. Pedihnya hati bila ada yang menuduh, "kamu hanya berlagak baik". Saat tersungkur jatuh, hanya kepadaNYA tempat mengadu. Kerana cintaNYA, diri bangkit melangkah terus ke depan. Kenapa perlu dihiraukan 'mulut nakal' manusia yang sememangnya tidak mampu kita tutup? Kenapa perlu takut nak berubah kerana mereka?

Ketakutan untuk berubah kearah kebaikan ini hanya dirasai oleh mereka yang takut menjadi diri sendiri. Takut untuk berubah kerana takut dipandang 'pelik' di dunia yang pada masa kini hanya berapa % sahaja yang mengamalkan cara hidup Islam. Tak percaya? CUba pandang kiri kanan, berapa % sahaja yang mengamalkan cara hidup Islam? Takut menjadi asing kerana hidup terlalu mengejar keduniaan manakala akhirat pula diketepikan. Sedar atau tidak, akan sampai masanya kita akan bermonolog sendiri, "Aku bukan di jalan yang betul.". Saat itu, kita akan takut melihat diri sendiri kerana kita hidup menentang fitrah.

Dalam menempuh perjalanan hidup, kita perlu sentiasa bermuhasabah diri dan positif pada diri kita bahawa Allah swt sentiasa ingat dan ada bersama kita. Kita sahaja yang selalu lupa padaNYA. Salah satu cara untuk ingat padaNYA adalah dengan mengerjakan solat kerana ketika solat, kita amat hampir padaNYA. Semoga Allah swt memberi kekuatan pada kita untuk menghadapi segala dugaan dan rintangan untuk berubah dari sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik. Dalam merubah diri untuk menjadi seorang wanita solehah, jadikan ini sebagai amalan :

Mendirikan solat ღ 
Solat fardu dan lakukan solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib yang kita lakukan. 

ღ Menjaga solat ღ 
Khusyuk, beristiqamah dan menjaga waktu ketika menunaikan solat. 

ღ Bersyukur dan redha ღ 
Bersyukur serta redha dengan musibah dan setiap pemberian Allah swt. 

ღ Banyakkan bersedekah ღ 
Kehidupan akan menjadi indah apabila kita ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara. 

ღ Menjaga maruah diri ღ 
Menjaga maruah dengan menutup aurat mengikut syariat yang betul, memelihara diri dan kehormatan serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorong kita dari melakukan maksiat dan perkara yang dimurkai Allah swt. 

ღ Takut murka Allah swt ღ 
Perlu sentiasa patuh kepada ajaran Allah swt dan menjauhi semua laranganNya. 

ღ Menjaga amanah ღ 
Menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang anak, seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tetangga. 

ღ Mengaji Al-Quran ღ 
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji Al-quran dan sering menjadikan Al-quran itu sebagai sahabatnya.
p/s : Apalah sangat pandangan manusia jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah swt?
lots of love, 
noraqilahjohari 

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

18 comments

26 August 2012 at 14:29

Nice sharing ;)

31 August 2012 at 00:16

insyaAllah . doakan2

31 August 2012 at 00:44

sila singgah ke shoppylegacy.blogspot.com :)

31 August 2012 at 00:47

sama2 kita renungkan...semoga kita boleh perbaiki segala kelemahan..:)

nice..

31 August 2012 at 01:03

@Sally Yatiey

thanks dear =)

31 August 2012 at 01:03

@لين Si Pipi Merah

insyaAllah =)

31 August 2012 at 01:03

@Nur Iffany

insyaAllah =)

31 August 2012 at 01:04

@Zul De Alexis

insyaAllah =)same2 kite berusaha ke arah yg lebih baik =)

31 August 2012 at 03:29

semoga tenang dan tenteram..:)

31 August 2012 at 08:57

untuk renungan kita bersama... =)

31 August 2012 at 18:34

Banyak lagi yang perlu dipelajari.

2 September 2012 at 11:57

InsyaAllah kita boleh!! doa banyak2 semoga Allah menetapkan hati kita untuk menjadi muslimah yang solehah.. :)

4 September 2012 at 00:01

@KorN

renung-renungkan dan selamat b'amal =)

4 September 2012 at 00:01

@Fatin Nadia

same2 la kte belajar ye =)

4 September 2012 at 00:02

@Aida Omar

insyaAllah =)

4 September 2012 at 00:02

@Orkid awek

insyaAllah =)

13 September 2012 at 10:40

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

13 September 2012 at 22:01

lambat loading nk bukak blog ni.. :(

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI