WANITA DAN BUNGA

"Jadilah seperti bunga mawar yang cantik berpagarkan duri. Jangan jadikan diri seperti sebarangan bunga yang hanya indah tetapi tidak berduri ---> mudah didekati. Keindahan yang mudah didekati oleh kumbang akan mencemarkan keindahannya dan kurang nilainya."

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri. Kenapa kita perlu berpagarkan duri? Jawapannya sangat mudah, iaitu kerana apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada didekati sang kumbang. Apabila tiada benteng yang melindungi si bunga, akan tercalarlah keindahan dan jatuhlah nilainya. Duri mawar itulah membawa erti perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'(sifat malu). Pagaran duri itu membuatkan warna si bunga berkilauan dan semakin memancar indah dan harum mewangi. Aromanya pula akan menyelinap di segenap alam dan mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

"Bolehkah si bunga itu didekati?"

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

8 comments

11 August 2012 at 16:12

comel je animasi tu, tp dalam maksud dia ^^

11 August 2012 at 18:37

@trah zain

2 la..saye suke sgt tgk animasi 2 =)
penuh makna kn..

11 August 2012 at 21:12

jangan hanya kerana cantik dan mudah dimiliki, tetapi biarlah cantik dan susah untuk dimiliki :)

12 August 2012 at 00:04

@MisS BubBLe

limited edition =)

12 August 2012 at 17:18

salam ramadhan utk si cantik manis..diera singgah blog glamour nih. subhanallah.indahnya ^_^

jd lah wanita yg senang didekati tp sukar untuk dimiliki.. ^_^ insyaALLAH hidup akn lebih di berkati

12 August 2012 at 21:47

@diera_nadiera ulalaaa~

salam ramadhan dear =) insyaAllah..same2 la kite jd yang terbaik =)

20 August 2012 at 13:56

cantik segalanya.. hehe.. setuju org perempuan harus menjadikan dirinya seperti bunga mawar ini :)

21 August 2012 at 00:41

@Aida Omar

=)indah dipandang, sukar didekati =)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI