PROFESION SAYA

Mungkin sesetengah orang memandang rendah kerjaya kami, tapi bagi saya, kerjaya jururawat sangat mulia. Bukan ingin mendabik dada, tanpa kami, huru-haralah wad. Cuba bayangkan, wad tiada jururawat  Apa akan terjadi dengan pesakit? Kami menjadi saksi tatkala pesakit berjaya berjuang menentang kanser, kami menjadi pendengar setia tangisan kegembiraan pesakit tatkala menerima kelahiran cahaya mata, kami menjadi penguat semangat pesakit tatkala mereka diberitahu mereka tidak mampu meneruskan kehidupan, kami juga menjadi penguat semangat ahli keluarga pesakit tatkala pesakit tersebut meninggalkan alam dunia.
Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, dah hampir 3 tahun. Dah nak habis belajar rupanya. Dulu, bila ada yang bertanya, "kenapa qiela nak jadi jururawat?" Jawapan saya sangat ringkas dan bermakna, "sebab mami yang suruh". Jujur, 3 tahun yang lalu, saya rasa terpaksa menjadi jururawat. Pertama kali menjejakkan kaki ke wad, saya rasa tertekan dengan karenah pesakit yang kadang-kala terlalu menguji kesabaran. Tapi, makin lama berada dalam bidang ini, saya rasa sangat bersyukur dan bangga menjadi seorang jururawat.  

Kerjaya ini, hanya kami yang memahaminya. Ada yang beranggapan, jururawat hanya memberi ubat kepada pesakit. Tahukah anda, dalam masa yang sama jururawat perlu menjadi seorang doktor, jururawat perlu menjadi seorang ibu, jururawat perlu menjadi seorang anak, jururawat perlu menjadi seorang wartawan dan jururawat juga perlu menjadi seorang juruteknik. Kenapa? Luangkan masa bersama kami, hanya dengan itu awak akan faham kerjaya kami =)

Hari ini, bila ada yang bertanya, "kenapa qiela nak jadi nurse?" Saya akan jawab dengan yakin, "kerana saya ingin berbakti kepada masyarakat, saya nak semua pesakit saya kembali sihat." 

end of december, saya akan tinggalkan kad matrik yang tersayang ni =( 

bukan mudah nak berjaya,
bukan mudah nak sampai ke puncak,
bukan mudah sehingga ke peringkat ini.

---> Kena tempuhi jalan yang berliku-liku =)

|::: ♥ orang yang HEBAT adalah mereka yang bangun semula bila terjatuh kemudian usaha, usaha dan usaha lagi sehingga BERJAYA ♥ :::|

p/s : alhamdulillah, kami semua lulus final year exam kementerian kesihatan malaysia =) tahniah awk, awk dan awk semua basik 1/2010 =)

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

34 comments

22 November 2012 at 19:15

Salam perkenalan cntik orgnye :)

Jom join Give Away dot my. 10 domain bakal di hadiahkan percuma. Easy n simple saje

http://www.khairul-zamri.com/2012/11/give-away-dot-my.html

23 November 2012 at 11:24

Wah , dah jadi nurselah :D

24 November 2012 at 20:00

Oo..qilah bakal nurse ker?nnti kena bertugas kat spital mana?dulu akak penah belajar sebulan je kat kolej jururawat johor bharu tpi akak x tahan..sbb nya x penah duk jauh ngan famili..home sick..hehe..terus stop..tahniah qilah berjaya habiskan course nurse.. :-)

25 November 2012 at 12:00

tapi saya tak suka nurse yg garang, dorang buat budak2 jadi ada stigma terhadap nurse,,huhu

25 November 2012 at 16:47

i'm support u... keje leklok nanti..

26 November 2012 at 16:36

and i'm a teacher-to-be. in shaa Allah. Moga berjaya dalam kerjaya yang Qilah ceburi. :)

26 November 2012 at 21:58

eh,,nurse comel!
^_^

28 November 2012 at 23:06


ada sorang member nurse, pengsan dalam wad. kurus sangat.

5 December 2012 at 00:43

nurse pandai main guitar.waahhh x) anyway, syasya rasa teringin lah pulak nak jadi nurse.

8 December 2012 at 23:30

wah.... nnt leh jga sy sakit..hehe

11 December 2012 at 01:45

@Khairul Zamri sori sgt . . Qiela x smpat nk join =(

11 December 2012 at 01:47

@SyamimiNazifa belum ag . . InsyaAllah next year start posting =)

11 December 2012 at 01:47

@fieza sani thanks =) qiela apply hkl je . .

11 December 2012 at 01:48

@trah zain erk . . Qiela ni nampak cam garang ke? Hehe =)

11 December 2012 at 01:49

@farazura thanks dear =)

11 December 2012 at 01:49

@Miss EFEO awak oun . . Gudluck ye =)

11 December 2012 at 01:50

@Cik Yaya erk . . Comel???

11 December 2012 at 01:50

@Cik Yaya erk . . Comel???

11 December 2012 at 01:51

@miranadia penat sgt keje kot ye . . .

11 December 2012 at 01:52

@SyasyaAmila hobi . . Hehe =)

11 December 2012 at 01:53

@Nizam Ijam insyaAllah =)

14 December 2012 at 20:35

Semoga jadi NURSE yang PALING BAIK DI DUNIA!!!!! AMIN!!!!!

16 December 2012 at 10:24

@AZRUL AZMI Aamiin :) time kasih ye . .

22 December 2012 at 21:35

akak nurse....sy demam...hihi

25 December 2012 at 21:08

all the best dear!

25 December 2012 at 21:23

@tirahzairi

meh akak kasi ubt ye =)

25 December 2012 at 21:23

@Nabilah Azahari

thanks =)

25 December 2012 at 21:33

Semua pekerjaan sama je.. yg penting halal dan x susahkan org :)

26 December 2012 at 08:52

@Aniq Bukhary

betul 2 =)

29 December 2012 at 23:06

setiap kerjaya ada pro kontra kan..tapi kadang-kadang ada nurse ni garang sangatla tensen agaknya..
thanks btw join segmen
http://www.jeritpekik.my/2012/12/senarai-entry-entry-terbaik-dari_26.html

7 January 2013 at 01:19

Follow my blog please http://infodariom.blogspot.com

14 January 2013 at 22:40

http://infodariom.blogspot.com

15 January 2013 at 14:33

mak seorang nurse, dulu masa dia nak jadi nurse banyak cakap jadi nurse kerja tak berapa nak elok. But now, when my family and I were sick, we do have mom! Who is ready to cure we.. :) LOVE MY MOM!

15 January 2013 at 20:35

suka tengok nurse nampak cantik sangat..semangat2 :)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI