DOA UNTUK GAZA!

Kita tiada senjata seperti mereka, kita tiada kuasa menghentikan mereka. Tapi, kita ada senjata 'paling hebat'. Kita ada Allah swt, Dia sentiasa bersama kita dan sentiasa mendengar rintihan kita. Saya, awak dan anda semua ada 'senjata' yang sama ---> DOA #keep pray for gaza!


"Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..."
- (Surah al-Ghafir, ayat 60)


Saya dengan rendah hati, merayu kepada awak, awak dan awak semua supaya sama-sama bersatu bagi membantu saudara-saudara kita di Gaza. Minta maaf jika saya mencuri sedikit masa awak, saya cuma minta awak luangkan masa 1 minit je untuk sama-sama kita berdoa =)

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah! 
bantulah saudara-saudara kami di Gaza wahai Tuhan sekalian alam...

Ya Allah! 
jadikanlah bantuan-Mu bersama-sama mereka...kuatkanlah mereka...

Ya Allah! 
hancurkanlah sesiapa yang menyeksa, mengkhianati dan menzalimi mereka..
sesiapa yang mengkehendaki mereka dengan kejahatan, 
Engkau gagalkanlah perancangan mereka tetapi sekiranya merekamengkehendaki mereka dengan kebaikan, 
Engkau tetapkanlah pendirian dan bantulah dia wahai Yang Maha Mengasihi..

Ya Allah! 
sesungguhnya hamba-hamba-Mu dibunuh, disembelih dan dihalau dari rumah-rumah mereka, kampung halaman mereka, anak-anak mereka serta agama mereka..

Engkau gagalkanlah perancangan musuh-musuh-Mu..
leburkanlah ikatan mereka, pecah belahkan kesatuan mereka,
goncangkanlah pendirian mereka!
turunkanlah kemurkaan-Mu serta utuskanlah kepada mereka api yang keluar dari langit dan bumi...

Ya Allah!
sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, 
maka kami memohon padaMu Ya Allah, turunkanlah bantuan-Mu kali ini kepada saudara-mara kami di bumi Gaza dan hancurkanlah tentera laknatullah!

Ya Allah!
hapuskan tentera laknatullah! 
hancurkan mereka, satukan kami ya Allah, 
satukan seluruh umat islam ya Allah, bangkitkan semangat kami ya Allah, 
kuatkan kami ya Allah, bantu lah kami ya Allah.

Ya Allah!
lahirkan dan timbulkan pahlawan2 dan pembela Islam di seluruh dunia ya Allah,
jadikanlah abad ini sbg abad kehancuran tentera laknatullah!

jadikanlah usaha-usaha mereka sia-sia seperti debu-debu yang berterbangan!

Wahai Tuhan yang memiliki Hari kiamat, 
hanya kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan..

selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat-Nya. Segala Puji hanya kepada Tuhan Sekalian Alam...

Aamiin...

!الله أكبر

p/s : Dear Israel, maybe you can kill Muslim. But you can't kill Islam forever!

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

11 comments

20 November 2012 at 13:40

amin

20 November 2012 at 14:32

Amin

20 November 2012 at 14:43

amin ya rabbal al amin. :)

20 November 2012 at 20:17

amin..juga :')

20 November 2012 at 20:22

Amin Ya Rabb :')

mohon tabah wahai saudara saudara ku sekalian :)

20 November 2012 at 20:29

amiin,,, moga kita telah menyumbang dengan doa ini,,

21 November 2012 at 07:39

Amin ya rabb!

21 November 2012 at 13:04

Amin Ya Rabb.. sayu hati baca satu2 ayat2 dalam doa nie.. moga doa2 setiap dari kita ini dimakbulkan Allah.

21 November 2012 at 13:27

amin..semoga doa2 kita semua dimakbulkan oleh Allah .

21 November 2012 at 16:50

doa untuk gaza
moga Allah melindungi mereka di sana

21 November 2012 at 23:56

Amin Ya Rabb !!

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI