LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA

Disebalik dugaan, musibah dan ujian yang menimpa, tersembunyi pelbagai nikmat dan rahmat yang besar. Ada ketikanya kita rasakan sesuatu itu baik untuk kita, tetapi sebenarnya tidak dan begitu juga sebaliknya. Berserahlah kepada Allah swt dengan penyerahan yang sebenar-benarnya.

Doa Penawar Hati Yang Duka

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khusus-kan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”

Kita semua mesti pernah rasa susah, pernah rasa sedih, pernah rasa sengsara dengan ujian dan dugaan yang menimpa. Bila dalam keadaan ini, kita cuba mententeramkan hati dengan pelbagai ungkapan dan doa agar Allah swt mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Jika kita memohon kepadaNYA dengan seikhlas hati, Allah swt akan mendatangkan pelbagai kebaikan lain kepada kita selain mententeramkan hati yang sedang bersedih. Bukankah Allah swt itu sentiasa mendengar rintihan hambaNYA?

Kita sering merintih dan merungut bila hati merasa pedih dan sakit hingga kita terlupa akan hikmah disebalik setiap dugaan itu. Paling menyedihkan, kita menyalahkan takdir yang menimpa diri. Tidak percayakah kita bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya?

Di sebalik dugaan yang kita tempuhi, Allah swt tingkatkan darjat dan keimanan kita. Ada antara kita apabila ditimpa musibah, mereka semakin jauh dari Allah swt kerana kufur. Ada pula antara kita, ujian yang menimpa mendekatkan lagi diri dan pergantungannya kepada Allah swt. 

Kadangkala, Allah swt berikan kita ujian dan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah diberikannya kepada kita selama ini bagi melihat dan menguji kesabaran kita sebagai hamba Kita menyesali akan nikmat yang telah Allah swt uji, renung diri sendiri, tanya hati, tanya iman. Bukankah kita masih punya dua mata, dua telinga, dua tangan dan kaki, anak-anak (bagi yang telah dikurniakan bernikah dan dikurniakan zuriat), kesihatan tubuh badan, kasih sayang kedua ibu bapa, pekerjaan yang tetap, rumah tempat berteduh dan lain-lain lagi

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

(QS. Ar-Rahman: 13)

Setiap dugaan yang Allah swt berikan itu adalah tanda Dia masih sayangkan kita, lalu diberikan oleh Nya peringatan agar kita insaf serta kembali ke pangkal jalan. Jika Allah swt tidak sayangkan kita, pasti Dia biarkan kita terkontang-kanting tanpa hala tuju dan dibiarkan dalam keadaan sesat dan kufur. Allah swt suka apabila kita memujiNya, meminta kepadaNya dan merintih di hadapanNya. Allah berikan kita sedikit kesusahan agar kita tidak terpedaya dan lalai dalam kehidupan yang sementara ini. Allah. Allah. Allah. Semoga kita sentiasa memandang positif terhadap segala dugaan dan musibah yang menimpa.

lots of love,
noraqilahjohari


TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

17 comments

31 January 2013 at 21:47

salam..nice sharing dear.May Allah bless u..amin

31 January 2013 at 22:02

kekadang dah emo sangat segala hikmah tak nampak.. hm.. insaff.. T,T

31 January 2013 at 22:10

suka entry pasal agama nie.. Apa-apa pun, Aniq follow sini ye... :)

31 January 2013 at 23:53

setiap yg berlaku pasti ada hikmah. ayat tu yg menguatkn jiwa setiap kali timpa musibah. btw, nice entri ^^

1 February 2013 at 01:34

ya.setiap yang berlaku ada hikmahnya

1 February 2013 at 09:44

:)semoga b'manfaat

1 February 2013 at 10:43

muhasabah diri dengan entri nie...

1 February 2013 at 21:30

nice sharing..salam kenal.

1 February 2013 at 21:33

yup ! entry yang sangat berguna .. muhasabah diri sendiri .. :) Sesungguhnya , Allah itu Maha Adil .. :)

1 February 2013 at 22:42

sukarjugauntuk menerima sesuatu, tapi kalau hati kuat, tentu kita faham disebalik sesuatu yang menimpa

1 February 2013 at 23:55

La Tahzan :)

salam kenal.kita singgah dari sini:-http://kisahperjalananfatin.blogspot.com/2013/01/jalan-jalan-cari-kenalan.html

btw,comel sangat blog nih :)

3 February 2013 at 10:20

disebalik ribut petir terbit pelangi yg indah, optimis pada Allah. insha Allah. all is well. :)

4 February 2013 at 12:28

jgn bersedih dan sentiasa yakin tuhan ada bersama kita =)

4 February 2013 at 13:37

wahh,,nice sharing,,blog pom cntik,,header tu sya suka,,dah follow blog ni da,dvafashionistaboutique.blogspot.com

6 February 2013 at 16:57

tq share..
semoga kte sme2 beroleh kbrktn dnia akhirat

10 February 2013 at 20:01

kenal saya x?? sye knal awak . . hehe

15 February 2013 at 00:55

blog yg sgt cntik n sgt bermanfaat .... :)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI