PERGINYA SEORANG SAHABAT

“Kullu nafsin dzaiqotul maut” 
Setiap yang bernyawa pasti akan mati
(QS. al-Ankabut:57)
Setiap yang dicipta pasti akan musnah dan setiap yang hidup pasti akan mati. Semua itu pasti.

Dan ketika kematian terasa begitu dekat, terpadam semua hal duniawi, tiada lagi mimpi-mimpi indah,hanya dibayangi wajah yang bakal menjemput kita kembali padaNYA. Adakah yang hadir itu bersama cahaya? Adakah ia membawa kegelapan?

"Astagfirullahal‘adzim..."

Al-fatihah buat sahabat saya, al-Marhumah Nurul Nasirah binti Mat Nasir yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh al-Marhumah berada dikalangan orang-orang beriman. Setiap yang hidup dan bernyawa, pasti akan merasakan kematian. Lambat atau cepat bergantung kepada ketentuan Ilahi sejak azali lagi.

Takziah buat keluarga al-Marhumah Nurul Nasirah binti Mat Nasir. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin Ya Rabbal Alamin.

sumber: SINAR HARIAN, 17 Februari 2013 
JENGKA - Seorang pembonceng wanita maut dihempap lembu apabila motosikal dinaikinya melanggar haiwan itu dalam satu kemalangan yang berlaku kira-kira 400 meter dari simpang masuk tanah rancangan Jengka 18, kelmarin. 
Mangsa, Nurul Nasirah Mat Nasir, 25, meninggal dunia akibat sesak nafas selepas dihimpit lembu terbabit yang mati dalam kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kejadian itu berlaku di Kilometer 30.6 jalan Temerloh-Bandar Jengka.
“Berdasarkan siasatan, penunggang motosikal dikatakan tidak sempat mengelak apabila secara tiba-tiba, seekor lembu melintas di hadapan mereka. 
“Mangsa yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazahnya dibawa pulang ke kampung halamannya semalam (kelmarin),” katanya. 
Difahamkan, mangsa baru sahaja menamatkan kursus kejururawatan dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama teman lelakinya.
p/s : kak nurul, kita habis belajar sama-sama. Tapi, kita tak sempat masuk kerja sama-sama. Semoga akak tenang di sana. Aamiin :( 

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

10 comments

19 February 2013 at 15:19

al-fatihah buat al-marhumah..semoga ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan solehah.amin

20 February 2013 at 21:38

Takzialh.. al-fatihah.. jgn bersedih dan bersbr yee.. moga rohnye dicucuri rahmat~ Allah lebih sygkan mereka~ In Sha Allah

21 February 2013 at 00:22

Tahziah dan al-fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

21 February 2013 at 13:07

takziah....

21 February 2013 at 13:16

takziah...al-fatihah..

21 February 2013 at 13:47

Innalillah...

21 February 2013 at 13:52

al fatihah
takziah untuk kaum keluarganya

22 February 2013 at 18:30

Takziah..

23 February 2013 at 22:59

Takziah..

25 February 2013 at 12:46

innalillah..

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI