TIPS BERHENTI MEROKOK

Ops, dah lama tak 'update' entri sihat 

Sebelum saya membebel berjela-jela, saya memohon maaf kepada awak, awak dan awak semua jika entri kali ini menyentuh hati 'awak' yang merokok. Kepada awak yang merokok, sila fikir berkali-kali selepas baca entri ni dan sila berhenti merokok. Sihat sepanjang hayat. Ada ke antara kita yang tak nak sihat? Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan strok. Selain itu, merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan. 

Firman Allah swt :
“Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan.”
- (Al-Baqarah: 195) 



Tahukah anda :
  • Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun
  • Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Terdapat hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  • Perokok mudah mendapat jangkitan pada bahagian pernafasan seperti batuk, selsema dan lain-lain
  •  Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar - cuba senyum sikit, putih tak gigi awak? hehe :) 
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok jika awak berhenti merokok - Kalau awak perokok, berdiri sebelah awk pun saya dah tau awak perokok :)
  • Menjimatkan wang - duit beli rokok, cuba awak simpan. Agak-agak ada berapa sekarang? 
  • Meningkatkan kesuburan - Perokok berisiko mengalami masalah mati pucuk
Antara penyakit akibat merokok adalah : (google)


Tips BERHENTI MEROKOK 12 M :
  1. Melengah-lengahkan - Tunggu 5 minit atau katakan nanti dahulu
  2. Menarik nafas panjang - Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  3. Minum air - Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
  4. Menyibukkan diri - Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dari merokok
  5. Menjauhkan diri - Daripada orang yang merokok dan persekitaran yang mendorong untuk merokok
  6. Mengelakkan diri - Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
  7. Mengunyah sesuatu - Seperti gula-gula getah dan buah-buahan
  8. Membasuh tangan dengan kerap
  9. Mandi dengan kerap
  10. Meregangkan otot - Lakukan senaman regangan 
  11. Meditasi
  12. Memohon doa - Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok
Merokok haram? Betul ke? Sila rujuk sini

p/s : Serius, saya memang tak suka bila ada orang merokok sebelah saya. Rasa terkurung dalam kotak yang tak ada udara je. Maaf ye kepada awak yang merokok, saya jujur, saya TAK SUKA! :)

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

24 comments

25 February 2013 at 20:42

warhh! katakan tak nak merokok....
katakan nak blogging! yeah!

25 February 2013 at 22:28

Kena btl2 niat nak berhenti

25 February 2013 at 22:38

@Aminin

mohon buat kempen..NAK BLOGGING! hehe :)

25 February 2013 at 22:39

@Sharinginfoz

niat 2 yang penting :) klu x, ape pun tak jadi :)

26 February 2013 at 04:10

merokok adalah sangat tidak macho ya..hehe..

26 February 2013 at 11:47

@Nana Liena

betul 2 :)

26 February 2013 at 20:48

nice entry dear...semoga perokok2 tegar tu berhenti sebelum terlambat..huhu

26 February 2013 at 21:01

@Seneorita Baharin

insyaAllah :) gudluck ye awak awak yg merokok :)

26 February 2013 at 22:32

nak berhenti rokok memang susah..tgk member sy dah try seminggu then tak thn..start balik..ermm..

26 February 2013 at 22:44

@luqman zakaria

nak bantuan? sila ke klinik b'henti merokok ye :) free of charge..dpt nasihat percuma lagi cara b'ksan nk b'henti merokok :)

27 February 2013 at 01:16

yeah....katakan tak nak......sis...saya singggh sini...

27 February 2013 at 03:22

Merokok memang menyebabkan penyakit..
hehe

Nak bagi tau ni? blog anda telah di review di http://gengentry.blogspot.com/2013/02/review-blog-41-blog-noraqilah-johari.html
try la komen ye!!

27 February 2013 at 10:41

@Diyan Hani

nnti saye singgah blik :)

27 February 2013 at 10:41

@Tun Aidil

thanks a lot dear :)

27 February 2013 at 16:08

nak suruh Abi baca lah, dgn harapan terbuka hati die nak berhenti merokok..huhuh

27 February 2013 at 16:12

haah.. memang susah pon nak berhenti sebab merokok tu dah ubah cara otak berfungsi. Dan bukan merokok sahaja, semua bentuk ketagihan pon kasi kesan yang sama pada otak. hehe.. Ni video yg kami buat hari tu.

http://www.youtube.com/watch?v=rG_ptxBIUno

Aqilah birthday 24 Jun ea?.. Sy 23 Jun.. Tua sehari. ^_^

27 February 2013 at 16:36

@Nory Zoulkefle

gudluck..hehe :P

27 February 2013 at 16:37

@Amirul Ramli

eh..24 jan la :)

27 February 2013 at 18:00

@Noraqilah Johari salah tengok! hahaha... Macam tu sy lagi muda la nampaknya.. hehe...

27 February 2013 at 18:56

@Amirul Ramli

tapi saya nampak lagi muda :)
#perasan

28 February 2013 at 18:17

Alhamdulillah... saya dah berenti merokok... terima kasih atas info

28 February 2013 at 20:01

@mrpolie

tahniah :)

Anonymous
3 March 2013 at 13:11

http://tinyurl.com/caxzbqe

16 March 2013 at 03:58

susah jugak nak berhenti merokok ni, tapi ramai tak tahu, penghidu asap rokok pun berisiko jugak, cuba kurang ditekankan

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI