BUATMU PERWIRA NEGARA


Bismillahirrahmanirrahim


Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.

Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.

Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.



p/s: Hanya doa senjata kita buat masa ini. Semoga semuanya dipermudahkan. InsyaAllah.

lots of love,
noraqilahjohari

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

6 comments

5 March 2013 at 12:28

sama2 doakan keselamatn mereka...aminnn

5 March 2013 at 16:09

Aminn. Aminn. Moga diberikan keselamatan untuk seluruh anggota keselamatan kita. Perwira jasamu di kenang.

5 March 2013 at 23:03

rasa tersentuh dengan kata2 polis tu. Dan rasa bangga sangat2 dengan pengorbanan yang polis dan atm lakukan.

6 March 2013 at 12:23

Amin.. semoga keselamat mereka dilindungi ALLAH.

7 March 2013 at 07:01

memang besar pengorbanan mereka untuk negara...(risau keselamatan negara sekarang ni)

8 March 2013 at 18:42

semoga semuanye selamat..Aamiin..
serius rsau sgt =_="

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI