I LOVE NURSING

I'm a nurse and i ♥ nursing :)

Sekeping gambar menimbulkan pelbagai spekulasi. Biarkan gambar bercerita dengan bisu dan teruskan mengkritik ikut hati anda. Gambar tersebut memberi banyak pengajaran dan iktibar kepada nurse, orang yang meng'upload', orang yang menyebarkan, orang yang komen, orang yang kritik dan orang yang memaki hamun. Sebelum menyebarkan, cari kebenarannya terlebih dahulu.

Nak tengok gambar tu? Boleh klik sini.

Firman Allah bermaksud: 
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” 
-(Surah al-Hujurat, ayat 6)

nak komen? nak kritik? sila komen dan kritik dengan berhemah okey :)

we LOVE nursing!

p/s : Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Dalam setandan pisang, tak semua elok kan? Mohon masyarakat berfikir sebelum menghina. Kepada peng'upload' pertama gambar ni dan staff yang terlibat, mohon awak semua tampil beri penjelasan. Gambar tersebut telah mengaibkan 'JURURAWAT'. Apa kata Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ)? Klik sini. Apa kata ibu bayi ni? Klik sini. Apa pula kata salah seorang blogger --> sini mengkritik 'NURSE'? 

Maaf jika ada yang tersinggung dengan entri saya kali ini :)


lots of love,
noraqilahjohari


TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

10 comments

14 March 2013 at 14:51

betul tu...
tak semua nurse yang macam tu...
selama nory hidup, alhamdulillah belum jumpa lagi nurse yang perangai mcm tu..
semua baik2 belaka..

14 March 2013 at 22:17

entri yg bagus...



____________________
www.feezzyfz.my

15 March 2013 at 03:16

Saya suka nurse, nurse cantik sbb berpakaian uniform ... tu sbb saya suruh wife kerja kat spital ... leh kenal ngan jururawat yang cantik2 dan bakal2 jururawat yang cun ....:)

Namun, kesilapan dan kelalaian boleh berlaku. Isteri saya ada pengalaman yang kurang enak bersalin di hospital kerajaan, walhal dia seorang yang bekerja di hospital yang sama (cuma nurse situ tak tahu lagi).

Tapi, bak kata rakan doktor, hospital kerajaan tak cukup kakitangan. Jadi perkara sebegini boleh berlaku.

Dan saya pasti nurse pun tak mahu perkara2 seperti itu berlaku, sebab mereka juga manusia biasa. Sepupu saya dua orang kerja nurse. Dan saya juga boleh dikatakan biasa juga berkawan dengan nurse.

ps: Isteri saya bukan nurse. :)

15 March 2013 at 07:52

@hasrul hassan

Kita sama-sama tak sempurna, tapi nakkan kesempurnaan dari orang lain. Nak kritik? Silakan. Tapi kritikan biarlah membina, bukannya mencaci profesion kami. Isu tak cukup staff memang sering diperkatakan.

Memang betul, saya tak nafikan. Di hospital swasta, seorang jururawat hanya menjaga beberapa orang patient. Tapi kami, biasanya untuk shift malam hanya 3 orang yang menjaga 1 wad. 1 wad berapa orang? Pernah masyarakat terfikir? Bukan nak merungut, memang kerja kami camni.

Tapi, bila ada yang sampai cakap nurse setan, nurse anjing. Itu memang buat saya rasa terhina. Mungkin cacian 2 ditujukan pada yang bertanggungjawab. Tapi bila adanya 'nurse' di depan, mewakili 'NURSE'. Saya nurse dan dibesarkan oleh seorang nurse. Sedih kan bila orang cakap camni?

Budi bahasa budaya kita. Terima kasih atas sokongan anda :)

15 March 2013 at 11:46

Apapun, tahniah kpd semua jururawat se-Malaysia. walaupun nurse bukannlah seperti doktor, tetapi masih menuju ke arah niat yg sama iaitu cuba menyelamatkan dan membantu org yg memerlukan. Kadang2 isu2 mcm tuh xdpt nak dielakkan. Pada pndangan org luar, mngkin ianya kecuaian...tetapi pada wan ia lebih kpd mslh teknikal yg ssh diduga. Don't expect nurse to be perfect because they are human too. Understand their job and just say Terima Kasih would be better. Tahniah buat cik nurse dan kawan2 nurse yg lain juga. Kerjaya yg mulia...sori, terlebih komen.

15 March 2013 at 11:54

@Mohd Ridzwan Abdullah

terima kasih wan :) kami SEDIA MEMBANTU :)

15 March 2013 at 15:03

biar dpt membuka mata org yg diluar sana. :)

15 March 2013 at 22:28

suruh dia jd nurse nnt tahu juga dia susahnya jaga pesakit...

15 March 2013 at 22:57

Ringan mata memandang, berat bahu yang memikul :) Sesuai la kot dgn profesion kami.

18 March 2013 at 10:07

allah dah tetapkan mereka yang bertuah sahaja yang dipilih menjadi nurse.. *hormat kerjaya nurse :)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI