SAHABAT 1 KEPERLUAN

Ikatan persahabatan antara kita akan lebih indah dan bermakna jika kita bersahabat kerana Allah swt. Bila kita bersahabat, kita tidak akan terlepas daripada berselisih faham. Betul tak? Saya sendiri, pernah berselisih faham dengan sahabat saya. Tapi, Alhamdulillah, bila salah seorang dari kami bertolak-ansur, ikatan persahabatan yang terjalin kekal hingga kini. Kita harus bijak menangani setiap perselisihan yang timbul. Jangan sampai terputus ikatan persahabatan yang telah terjalin akibat perselisihan faham. Memohon maaf terlebih dahulu bukan bererti kita kalah atau salah tapi demi menjaga satu ikatan ukhwah, apa salahnya kita tolak ego kita ketepi?

Bersamanya kita belajar BERDAYA SAING  
 Bersamanya kita belajar PERSEFAHAMAN  
 Bersamanya kita belajar MEMAAFKAN  
 Bersamanya kita berkongsi KECERIAAN  
 Bersamanya kita berkongsi KEDUKAAN  
 Bersamanya kita meniti KEMATANGAN  
 Bersamanya kita mengenali  KEHIDUPAN  

Bila bersahabat :

✎ Ikhlaslah bersahabat kerana ALLAH
✎ Redha menerima kekurangan sahabat kita
✎ Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
✎ Sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah
✎ Sayang sahabat seperti kita sayang diri sendiri
✎ Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
✎ Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
✎ Berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya

"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
- (Hadis riwayat al-Hakim)

nursing basik 1/2010 :)

research group :)

praktikal sem akhir :)

p/s : maaf kalau ada yang tak termasuk dalam gambar di sini. Awak pun, SAHABAT saya juga :)

lots of love,
noraqilahjohari


TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

8 comments

3 March 2013 at 19:18

pics last tu mengingatkan sy dekat cerita greys anatomy... haha.. Untunglah dikelilingi sahabat sejati. :-)

4 March 2013 at 14:03

seriously sgt sayang kat semua kwn2. pglm 5 tahun dok asrama sgt berharaga :)
SAHABAT 1 KEPERLUAN :)

4 March 2013 at 17:02

sahabat sejati tu takda, cukuplah yang memahami, itu pun buat saya gembira

4 March 2013 at 20:44

first time singgah sini.. cantiknya blog

4 March 2013 at 21:18

@Amirul Ramli

hehe :) rindu sgt ngan diorg =_="

4 March 2013 at 21:18

@Shakirah Rosli

bila dah x same2 dah..rse rindu sgt kan :)

4 March 2013 at 21:19

@Muhammad Faiz Mohamed Saaid

cukup la yang sentiasa disisi saat susah dan senang..yang sentiasa memberi semangat saat kita jatuh :)

4 March 2013 at 21:19

@Rozuan Ismail

thanks :)

Post a Comment
COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI