NIPPLE CONFUSE/KELIRU PUTING

Ibu, tolong sangat-sangat. Jangan kenalkan botol susu terlalu awal. Anak baru beberapa hari, dah kenalkan botol susu.


Bila anak menolak menyusu dengan ibu, ibu rasa susu ibu sikit. Alasan, anak meraung menangis tak nak menyusu dengan ibu.


Anak menangis meraung bukan sebab susu ibu sikit. Tapi sebab dia dah nipple confuse/dia dah keliru puting. Dia lupa macam mana nak menyusu dengan ibu!


Daya ingatan anak sekecil itu, mudah ingat dan mudah lupa. Tolong, jangan keliru kan anak.


Dalam pantang, tolong letak botol susu jauh-jauh. Kerapkan ‘bonding’ dengan anak. Peluk anak selalu. Bila dah naik kerja, ibu mesti akan rindu saat-saat indah dengan anak ni tau!


Jika ada keadaan yang menyebabkan ibu tidak boleh menyusu anak, gunakan cup atau sudu.


Breastfeed on demand. Bukan bagi botol susu on demand.


Hari-hari rasa nak bebel. Semoga bebelan dimanfaatkan. Cari gali ilmu penyusuan di support group Happy Breastfeeding Malaysia dan sebagainya. Dah rasa ‘give up’ sebab anak keliru puting, rasa perlukan ‘homevisit’ dan sokongan, boleh ‘refer’ kaunselor penyusuan dan kaunselor laktasi.


Sekian.


Salam sayang,
Noraqilah Johari
Kaunselor laktasi
Jumaat, 13/12/2019

TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

REVIEW FOR FREEMIE LIBERTY BREASTPUMP



Hye mommies. Simple review for freemie liberty after 8 months using it. 



SAIZ
- Saiz pam sebesar tapak tangan. Boleh sangkut pada seluar atau baju. Freemie akan dapat 2 size, 25mm dan 28mm. So, can choose mana size corong yang sesuai dengan kita. Freemie, agak bulky tapi as long as pakai tudung yang labuh, x terlalu menonjol pun. Kadang, x ada yang perasan kita tengah pam susu.

BERAT
- pada saya sangat ringan. Recommended untuk mommies yang banyak bergerak.

MODE
- Untuk ini, memang kena betul-betul cari mode dan adjust level yang sesuai. Pada saya, part nak setting mode dan level untuk stimulation and express ni sangat susah dan mencabar. Kejap naikkan level, kejap turunkan level. Honestly, few days juga saya bermain-main dengan mode dan level untuk mencari kesesuaian. Tapi bila dah jumpa yang serasi, boleh set mode tu. Means, tekan 1 untuk stimulation. 2 untuk soft express. 3 untuk deep express. Untuk set, tekan lama-lama pada bahagian nombor 1, 2 atau 3.


SEDUTAN
- Fall in love dengan freemie liberty sebab suction sangat best. Tau-tau 10-15 minit dah dapat 6-8oz!


KETAHANAN BATERI
- 20min x 4-5 sesi. Medium duty.

PART UNTUK DICUCI
- untuk parts, paling kecil valve. Pada saya, part untuk dicuci x banyak. Cuma cup, flange, backflow and valve. Freemie closed system, backflow kat dalam cup. After pam semasa bekerja, if rushing x perlu cuci. Boleh simpan dalam cooler bag tapi dengan icepack.

BUNYI
- sangat silent, orang sebelah pun x perasan kita tengah pam susu.

HARGA
- Full set RM1299. Quite pricey, but worth to buy.


LUAHAN HATI :
It’s a present from my hubby Mohamad Farid on my birthday. Hadiah harijadi yang bermakna. Kalau beli sendiri, mungkin x beli sebab rasa membazir sedangkan ada pam yang lebih murah yang best. Sejauh mana perjalanan penyusuan seorang ibu bergantung juga pada sokongan orang tersayang. Perjalanan penyusuan saya bermula dari anak sulung sehingga anak ke 2 sekarang. Anak sulung 3 tahun +. Still breastfeed? Yes, but not directly. Alhamdulillah, kedua-dua anak fully breastfeed. Sungguh, hubby sangat supportive. Untuk suami, jadilah motivator terbaik untuk isteri. Tackle dan jaga hati isteri. Hargai pengorbanan isteri melahirkan dan menyusukan anak-anak. Tak perlu hadiah mahal, sekadar berterima kasih dan membantu menguruskan anak atau mencuci alatan penyusuan pun sangat bermakna buat ibu.


Salam sayang,
Noraqilah Johari
Kaunselor Penyusuan
Jumaat, 27/9/2019







TERIMA KASIH SUDI BACA ヅ

COPYRIGHT © SEGALA YANG TERCATAT ADALAH HAK MILIK NORAQILAH JOHARI