Bila anak menolak menyusu dengan ibu, ibu rasa susu ibu sikit. Alasan, anak meraung menangis tak nak menyusu dengan ibu.
Anak menangis meraung bukan sebab susu ibu sikit. Tapi sebab dia dah nipple confuse/dia dah keliru puting. Dia lupa macam mana nak menyusu dengan ibu!
Daya ingatan anak sekecil itu, mudah ingat dan mudah lupa. Tolong, jangan keliru kan anak.
Dalam pantang, tolong letak botol susu jauh-jauh. Kerapkan ‘bonding’ dengan anak. Peluk anak selalu. Bila dah naik kerja, ibu mesti akan rindu saat-saat indah dengan anak ni tau!
Jika ada keadaan yang menyebabkan ibu tidak boleh menyusu anak, gunakan cup atau sudu.
Breastfeed on demand. Bukan bagi botol susu on demand.
Hari-hari rasa nak bebel. Semoga bebelan dimanfaatkan. Cari gali ilmu penyusuan di support group Happy Breastfeeding Malaysia dan sebagainya. Dah rasa ‘give up’ sebab anak keliru puting, rasa perlukan ‘homevisit’ dan sokongan, boleh ‘refer’ kaunselor penyusuan dan kaunselor laktasi.
Sekian.
Salam sayang,
Noraqilah Johari
Kaunselor laktasi
Jumaat, 13/12/2019
Jumaat, 13/12/2019